Wednesday, August 31, 2011

Open House 2011

Harini Open House d rumah mama... frust.. sebab orked dan mama masak sedap sedap belaka..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Kawan kawan sediet... selamat hari raya aidilfitri... mohon maaf kiranya pernah menyinggung perasaan korang.. dan yang paling penting... ingat tau.. raya raya gak... diet tetap diet...

Monday, August 29, 2011

Timbangan minggu terakhir puasa / sebelum raya



timbangan pagi tadi sebelum sahur..... ni pakai penimbang Orked dan hset dik_firah.. sangat x centre sebab dik-firah malas menyenap gambar.. hohoh.. bila tgk angka ni.. sy semakin risau untuk "menjamu selera di pagi raya".  Orked mengamuk sebab misi dia untuk menambah berat sy x berjaya. hahahaha


setahun sekali angka macam ni... besok beraya Orked nak bawak air 2L gantung kat leher.. pedulikan apa orang nak kata..

Sunday, August 28, 2011

Berpuasa @ kampung

Best bila bersahur dan berbuka di kampung... lebih lebih lagi bila dapat berbuka ramai2.. hoh.. yang x best, bila naik penimbang.. samai skg sy masih lagi ter'stress' dengan angka di penimbang yang x turun2. makin naik lagi adalah.. sy rasa punca kenaikan berat berat sy kali ni, kurang bebanan kerja seharian.. yelah, kalau d rumah sendiri, semua benda kena uruskan sendiri. sini pula, ada ramai pembantu....

semalam, sy berpeluang tolong Orked dan mamaa berniaga di tamu.. seawal 5.30 pagi, waa.... best gila kalau tiap minggu dapat berniaga macam ni.. pukul 8, dah boleh berkemas balik rumah.,. best best best

Thursday, August 25, 2011

IFTAR @ Home sweet Home Sabah

Alhamdulillah, selamat sampai pukul 1 tgah hari tadi... best dapat berbuka ramai ramai dengan makanan yang amatbanyak termasuk 3 ulas durian... hahahahaha timbangan sebelum dan selepas berbuka beza 1.5kg.. risau...
Menu at the day;
mee goreng
nasi putih
sambal udang petai
lada putih
umbut kelapa masak lemak
ikan sungai..
air tembikai... fuh.......... makan sampai susah mau bangun oooo




Monday, August 22, 2011

Special Request

Orked, sila ambil maklomat Menu Iftar 25/08/2011 (Khamis) Soto ayam, Ikan Sungai, jus tembikai. Jangan lupa beli murtabak dan buatkan kami anak beranak jelly kelapa plss…. Harap maklomat. Eh, ayam goreng untuk Aman.. eh.. banyak lagi yang kami mau tapi nanti kemudian di khabarkan..

Macam x percaya pun ada

Seriesli, saya macam x percaya puasa tahun ni saya berjaya mengendurkan skit KG dalam badan.. masih segar dalam ingatan tau, puasa last year memang x turun langsung.. naik lagi ada… macam mimpi angka 56.7 itu. Memang x dijangka boleh kurang kan kg. Terasa macam "wah magiknya". Huhuhu… BESAR LAH HARAPAN SAYA KIRANYA DAPAT KURANGKAN LAGI 1 KG DI PAGI RAYA NANTI

Timbang Menimbang ke-3 ~PERS

Jumaat lepas saya buat kerja kurang waras... 1 tin coke dan 2 ketul donut Big Apple (yang sangat manis) for buka puasa... Ahad semalam... kerja gila lagi, 9 ketul big apple donut dalam peti ais dan saya makan lagi 3 ketul... saya sudah membayangkan angka 55 itu semakin jauh..


alhamdulillah.. masih ada penurunan.. dan saya semakin risau menghadapi "juadah Raya" tahun ni..


Friday, August 19, 2011

Sahur ke 19

Kelmarin dan harini kami laki bini bersahur tanpa perasaan….. hehehe "bang, x lalu dah nak makan ni. sakit tekak la weh. Macam telan pasir kan" dia jawab "ha'ah. Abang pun x lalu" sambil angkat pinggan dan buang belen nasi…

Tuesday, August 16, 2011

Menu Berbuka ~ berangan jak dulu bah


Wah…. Yang penting berangan tu pree.. sesuka hati kita berangan yuk… ai berangan mau makan tu soto ayam si Orked.. nyum nyum nyum.. Berangan lagi mau makan laksa mama… nyum nyum nyum lagi.. berangan mau makan mee goreng seri keningau… nyum nyum nyum… segala2nya tentang makanan… berangan makan makanan Sabahan harap jangan kempunan… ya ampunn makkk… macam mana mau kurus.. belum apa2 lagi sudah berangan makan. Cheh… eh 25 hb ni flight kami (sy, Aman dan Adik Ikhwan), en. Jai tinggal sensorang yaa.. pukul 6 petang harussss zasss "orked ko blanja buka pos adi Seri Keningau"

Monday, August 15, 2011

Special assignment for PERS


15 Ramadhan, x sabar rasanya balik kampung… Ammar Idlan, setiap pagi menghitung hari, lagi berapa hari kita nak balik kampung umi? Hahaha.. hari ni jawapan pada soalan Ammar Idlan ialah "lagi 10 hari kita balik Kampung Man". Tahun ni Kami sekeluarga akan menyambut Syawal di Kampung Apin Apin Keningau.. di mana letaknya Kampung Apin Apin? Haaa.. Apin Apin terletak di Kawasan Pedalaman Sabah.. betul betul di bahagian jantung Sabah.. adalah kot 120km dari KK. Kalau dulu jalan lama, ambik masa dalam 2 stengah jam daripada airport.. tapi skg sudah ada jalan baru, dalam sejam setengah sampai lah ke kampung ku tercinta.
Raya raya dan raya… Bestnya…. X sabar sudah mau raya nih.. Biasanya 1st raya, kami akan round beraya satu kampung.. Memandangkan Kampung saya orang Islam adalah minority, jadi x jadi masalah untuk keliling kampung dalam masa sehari yee… paling best bila dapat jumpa kawan2 lama dan saudara mara yang lama x jumpa.. setahun sekali lah jumpa. Time raya je lah jumpa pun… Juadah d pagi raya yang sy x sabar sabar lagi nak masak dan makan ialah "lontong, rendang ayam, dan soto" rasanya kalau di sekitar kampung saya hidangan "soto" mesti ad adi setiap rumah.. saya memang penggemar soto, dan rasanya Soto itu x mengemukkan… Eh, soto kat Kampung saya bukan yang ada nasi impit tu ye.. Soto is mihun sup, dan sup itu x berminyak tau… nantilah kalau berkesempatan, sy akan amik pix setiap food untuk tatapan kawan kawan disemenanjung… Budaya kita berbeza dan mungkin u all kurang jelas dengan cerita saya kan.. pape pun silakan bertanya kalau mau tau lebih lanjut.
Bestnya kalau raya taun ni sy dah kurus skit.. 55Kg tu consider kurus lah bagi saya yang sudah 2 tahun beraya dengan berat 60++kg. 2009 beraya dengan 69kg, hehehe pregnant 8 bulan. 2010 beraya dengan 61kg.. Alangkah indah raya taun ni bila ada orang cakap "wah, ina… ko nampak kurus lah skg. Apa rahsianya?" wah…. Sangat keramat itu kata2.. boleh jadi pembakar semangat untuk 10 taun eh bulan.. dan alangkah indahnya kalau sy dapat mengayakan baju2 lama dengan selesa…
Taun ni saya ada misi yang harus dilangsaikan… Mt. Trusmadi~ here we come. *baru dapat info tadi, jalan Tambunan untuk ke Trusmadi ditutup.. Ya Allah, permudahkan lah urusan perjalanan kami….

Timbangan Minggu Ke-3 PERS

Senyum...
happy....

timbangan hari ni sekitar jam 8 pagi


sudah lama angka ini x muncul untuk timbangan saya...
saya, sekitar 2 tahun lalu dan dengan berat ini, tapi masih belum sedar bahawa "sebarang kenaikan berat, amat lah susah untuk diturunkan". 2 tahun yang sudah, saya suka sangat makan dan sangat liat untuk exercise. Tahun 2011, setelah berkenalan dengan Diet Bloggers, barulah saya sedar betapa menjaga kesihatan itu penting.. MANY THANKS TO ALL DIET BLOGGER! SNTN, CYC, GDK @ PERS.. Special thanks to Para penganjur kontes2 di atas..
eh, macam lah turun banyak sangat kan. padahal 800gram je..  

Friday, August 12, 2011

>Hari ini<

Saya Meneman En. Hubby bersahur, x mau kisah semalam berulang.. Semalam x sahur, sudahnya menggigil kegastrikan sampai ke Maghrib.. Menu sahur yang paling simple. Sup Ayam, ayam goreng spicy, sayur goreng & sambal kicap.. Alhamdulillah, kenyang……

Dahlah sahur makan nasi, bawak bekal nasik, isy isy isyy.. semakin berdebar nak naik penimbang minggu depan… hahahaha… malam ni x mo makan nasi.. makan sayur saja..

Tuesday, August 9, 2011

BerPERS dikala x puasa..


1st day x berpuasa.. seperti biasa tetap gak kena bangun untuk sediakan menu sahur untuk En. Hubby. Kebetulan jugak Cik Orked ada kat rumah untuk 2-hari.. memang tiada chance langsung mengelat tau.. Sy bersahur seperti biasa. Milo Kosong berserta kurma dan menjamah sedikit nasi + lauk pauk. Kalau x kang, en. Hubby kecik ati plak kang.. nanti dia akan cakap macam ni "kalau sakit gastric kang jangan bising kat abang ye, abang cakap tanak percaya". Masak sangat dah dengan perangai En. Hubby. Asal mengadu sakit, mesti dia akan salahkan kita balik.
Sy memang langsung x bawak bekalan makanan, x sangka lah pulak ari ni kena senggugut yang agak teruk. Terpaksa gak kuar g petronas cari roti.. nak makan ubat punya pasal.. habis 2 ketul fluffy bun sy telan.. hahahahaha… dalam kepala memang teringat PERS tapi terpaksa diignore.. haippp…. Jangan amalkan ina.. next week timbang kalu, NAMPAK angka 60 padan muka.. minum air setakat 2-3 gelas saja.. x sempat campur segan keluar masuk pantry..
Malam ni en. Kazen mau datang beriftar dirumah.. Orked yang memang terkenal rajin memasak dan menjamu orang bakal masak macam macam.. dan sudah tentu, saya yang akan jadi mangsa keadaan..biasalah kalau En. Kazen datang.. cerita yang berjela panjang akan menambah selera dengan otomatiknya… strategi sy hari ni ~~minum air sebanyak mungkin sebelum "mereka" berbuka puasa…. Orang yang x puasa ni lain skit.. bahaya.. semua nak ngapp…

Monday, August 8, 2011

sorry

Kawan kawan… sorry, x sempat sembang panjang dan x sampan jawab komen.. ececehh, macam lah bz sangat kan.. minggu lepas pun x sempat nak sembang banyak ngan geng diet FB.. kerja kerja dan kerja yang tak habis habis… so sorry..

Timbangan minggu ke-2 Berpuasa dan berPERS

Salam dan Hai,
Insyallah hari ni kalau diizinkan Allah, sudah hari ke-8 kita berpuasa.. Minggu lepas best betul dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan En. Hubby, Mama dan Aten.. Walaupun agak "kesibukan" tapi sempat juga menyediakan juadah berpuasa. TAPI, tak miss hokay pg pasar Ramadan...  Nanti akan dicerita-in ya aktiviti berbuka dan bersahur minggu lepas... Nadia, ni berat terkini Ahkak pepagi tadi selepas bersahur. (kompem la lepas sahur kan, timbng pun kat opis~ hari ni pinjam hset En. Hubby tau semata-mata untuk Sesi timbang menimbang PERS)

Tersenyum dipagi hari tengok angka ini.... semalam dah keluarkan baju idamanku, my sis cakap (tiada harapan tu ko pakai baju tu)..


Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama Berpuasa dan BerPERS

Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menjalankan ibadah puasa kali ini. Tahun ni saya berazam untuk bersederhana dibulan puasa. Kalau bole nak masak sendiri. Disamping dapat mengurangkan kos belanja dapat juga melatih perut untuk kata "tidak" to makanan yang berlebihan.. Teringat zaman duduk kat Desa Petaling selepas kawin dulu. Kami laki bini selalu membeli x beringat, dan makan pun terpaksa makan semaksimum mungkin untuk mengelak pembaziran.. kataka TIDAK pada pembaziran ya ina. Itu belum lagi ditambah dengan every weekend berbuka kat rumah Makcik abang kira pangkat MIL la.. kalau MIL tau kitorang nak datang memang macam nak jamu 10 orang tau.. sudahnya, kami laki bini makan sampai x boleh nak angkat perut. No no no no ina.. x mo macam tu lagi..

Hasil menjala di Bazar Ramadan semalam~ Wadeh 5 ketul, Cucur Udang Sebungkus, laksa dan Ayam masak merah 2 ketul. Berjaya berjimat J

Sahur 1 Ramadan

Milo O secawan

Air Kosong 450ml ~1 thumbler kecik itu.

Kurma 3 biji

Nasi + Sayur masak bening + Daging goreng cili

multivitamin sebiji.


 

Buka Puasa 1 Ramadan

Milo 0 secawan

Air Kosong 1 tumbler (450ml)

Kurma 3-5 biji (x ingat)

Nasi + ayam kicap/Ayam masak merah (terpaksa makan sebab sayang kalau x habis) + sayur goreng

*Semalam risau memikirkan kalau makan macam ni susu drop.. Alhamdulillah.. cukup lagi untuk Ikhwanku

Monday, August 1, 2011

PERS~ 1st Timbangan


Hari pertama berpuasa. Letih gilaaa… padahal bukannya x biasa puasa sebelum ni..even minggu lepas pun sy sempat puasa sunat lagi. J Hari ni rasa macam "terasing di bumi sendiri" x larat segala galanya.. cakap pun macam berat mulut, nak jalan jalan pun cam berat bontot. apa nak jadi dengan ko ni Ina..
Berat pagi tadi seawall 7.30pagi ialah:

tidak kurang dan tidak lebih dari timbangan Jumaat lepas selepas sesi makan sampai lebam kat Burger King.. Pagi tadi sahur yang hebat. Sebab mama saya ada disisi.. jadi, makan apa pun semua sedap.. si Orked kasian sebab dia bersahur sorang2 dengan kucing saja...
Menu Sahur:

Selamat Berpuasa semua

Alhamdullillah, Allah masih memberi peluang pada kita untuk menjalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan dan menguji kesabaran.

Cabaran PERS bermula hari ni, dengan penuh kesemputan sy gagahkan juga mencari sumber tertentu yang bole membantu saya untuk completekan assignment Nadia.. Setel untuk minggu ini.. Untuk minggu depan, kita pikirkan kemudian yee..