Tuesday, May 31, 2011

CYC berakhir hari ni…


Taraaa…..pepagi buta sebelum bfast gigih cari penimbang.. motip, nak tgk ada tak penurunan KG tu.. dan berat sy ialah 59.1kg. Cahayer, ini jelah yang mampu dicapai.. 5 kilo tu susah sangat nak tersingkir dari perutku ini.. Insyallah bulan pose nanti sy cuba singkirkan 2-3kg.. Entahlah, kadang kadang rasa macam eh, apesal x turun turun nih? Makan dah control, tapi still x turun turun gak.. Maaf lah saya x bole upload gambar.. kalau sempat malam ni upload dari rumah, insyallah...
Tahniah dan terima kasih pada semua peserta CYC specially pada, Nadia, Tilot, Lea, Yanna, Kay, Cahayer, Amani dan yang lain2.... anda semua memang terbaik!!! berjumpa kita kembali di cabaran Nadia yang akan datang..

Sebelum terlupa ~ sy nak mintak maaf kat semua kiranya terkasar bahasa or terkecilkan hati korang yee.. maaf banyak banyak...

Friday, May 20, 2011

11 hari lagi…


Kawan Kawan CYC, sebelum kontes kita ni tamat, saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kalau kalau ada yang tersinggung dengan catatan catatan melalut saya selama kita berkontes. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur kak Cahaye, dengan adanya kontes ini saya sentiasa beringat dan otomatik membataskan pengambilan kalori saya.. sorry jugak sebab selalu escape food diary.. L
Setinggi tinggi tahniah kepada semua geng geng CYC yang sangat laju membuang lemak lemak. Specially….Tu diaaa… "Yanna, Tilot, Aullea, nadia, kay, cahayer" anda semua dasyat dasyat belaka….. ada 11 hari lagi untuk ke sesi timbang menimbang untuk mencari siapakah pemenang kontes kali ini….

Thursday, May 19, 2011

12 hari lagi..

Congrats Yanna, tillot dan Nadia.. teruskan usaha anda semua. Anda semua memang ada semangat yang kental dan sangat rajin berusaha.. ke"wujud"an saya dalam kontes ni sekadar memeriahkan majelis saja.. kesedaran untuk kurus ada, usaha pun ada (lah skit skit) tapi mungkin lemak2 sudah tepu dan susah untuk dipisahkan dengan saya. Apa yang saya harapkan bila masuk kontes ni ialah, mengekalkan dan kalau boleh mengurangkan sikit KG yang ada dan juga yang paling penting adalah untuk jadi "pesaing kuat" pada orked. Sudahnya.. Kami 2-2 ke laut..

Tidak bermakna saya mengalah tau Nadia, jauh sekali berputus asa… Cuma… keciwa skit skit lah pada diri sendiri.. aku kaciwa!!!!! Tapi takpa, ada lagi 2 minggu untuk pecahkan rekod sendiri.. Tiada niat nak pintas yang lain yee… Saya tau saya yang paling jauh ketinggalan… yang penting saya nak singkirkan at least 500gram minggu ini.. hahahahaha…. Eh, apsal aku gelak nih? Ooo… itu namanya gelak frust… gelak hiburkan hati sendiri..

Monday, May 16, 2011

Diet oh diet

Abang otstesen sampai 21Mei.. Senang skit nak kontrol diet.. Tak payah pusing pusing kepala mikirin apa mau dimasak malam2.. dan yang paling best, bila tak masak, hahahaha..... tiadalah istilah menghabiskan makanan yang tak dihabiskan oleh laki... masak untuk anak anak bujang setakat sup sup saja sudah memadai....

Thursday, May 12, 2011

Casss Nginggg..

"Hai kak, lama x jumpa.. Pregnant eh?"

Moral of the story, ko dah gemuk! Tak reti reti lagi nak pulun diet INA..huhuhuhuhu.. diakui hari ni hari perut buncit. Nak jugak salahkan cik P.

Tuesday, May 10, 2011

On Scale- Week 2-May

Tahniah kepada anda anda semua yang berjaya menurunkan sehingga 7kg dalam masa 2bulan lebih.. Tahniah kepada Yanna,Tilot, Lea, Kay, Nadia dan juga yang lain lain. Timbangan minggu ini menunjukkan berat saya tetap tak turun turun jugak dan hampir sudah mengejar Kay. Kay berat kita dah sama. Tahniah untuk kamu.. Berat saya hari ni 60.6Kg. Benar dan pasti! Sorry lah cahayer, tak dapat upload gambar.. Henpon zaman batu.. Sorry~

Friday, May 6, 2011

Puas Hatiku

Suka sangat sebab dah lama tak main badminton. Dekat setahun la kot.. Nak buat camane, partner tiada.. my laling sakit pinggang, my kakak pidah meternity, my kakak dhiana tiada semangat... akhirnya setelah dipujuk pujuk, hari ni tercapai jugak niat suciku ini...

itu bukan tangan saya, bukan jugak kak pidah atau kak dhi... pic  adalah milik uncle google..

Semalam lagi saya dah bulatkan tekad tak nak jalan jalan cari makan.. Mesti @ wajib gak exercise... Hahahaha.... Objektif tercapai. Puas hati aku.. Sejam bermandi peluh (poyo je lebih sebenarnya). Seronok sangat sebab banyak gile peluh jantan yang mengalir kat muka. (nak bagitau betul betul exercise lah ni). Kawan kawanku, next week kita main lagi yee..

Food hari ini:
Sarapan- Ayam rendang 2 ketui + Nescafee + Ayam goreng kunyit (lebihan dinner x habis)
Lunch- Lpas bersmash2 dengan kawan kawan, kami pekena maggi kat opis + air suam + goreng pisang
Dinner- Dalam hati ada niat nak makan sayur bendi masak bening... nyum nyum nyum..

Tuesday, May 3, 2011

On Scale!!! Minggu 1-Mei

Kakak kakaku, adik adikku dan kawan kawanku yang tersayang.. Saya sudah tidak tau apa yang harus dibuat... Malu semahu mahunya... makan agak kurang, cuba dikontrol sebaik mungkin... dan  KG tetap naik. Hati dah mula tak sedap.. Kena buat something. mukin kena start ikut Amani.. bangun awal pagi exercise... Berat saya minggu ni ialah 61KG!!