Semenjak kenkonon diet ni, perut selalu sebu dan rasa macam banyak angin.. kadang tu rasa macam Ya Allah kembungnya perut aku.. letih weh, perut sebu.. itu normal ka atau tanda tanda penyakit.. risau mak tau.. plan nak buat full medical check up semenjak awal taun. Nampaknya, plan tinggal plan semata..takut punya pasal, sanggup tangguh2 kan… isy isy isy..
Friday, October 28, 2011
Thursday, October 20, 2011
waduh waduh...
Tuesday, October 18, 2011
Yeah!!!! X Sabar nak tunggu Jumaat nih
Semangat weih.. dapat email dari AJK Sports Club tadi:
Dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan XXX akan menganjurkan latihan Seni Senaman Aerobik
untuk kakitangan Wanita pada setiap hari Jumaat dan latihan pertama akan bermula minggu ini.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Hari : 21 Oktober 2011
(Jumaat)
Masa : 12.50 tghari – 2.00 petang
Ohh.. sudah tidak sabar untuk beraerobik Jumaat nih.. jumaat lepas main badminton ala kadar, Isnin gym ala kadar, selasa pun gym ala kadar gara gara gastric melampau, Insyallah Jumaat nih sy nak beraerobik sehabis mungkin.. wakakakakakaka… diet dah ke laut sebenarnya dan agak angka di penimbang agak mengecewakan..
Wednesday, October 12, 2011
Aiyak!!!!!!
Fokus. Fokus ina… ceh, mentang2 x join mana mana kontes diet mendiet kan, jarang pulak exercise.. bila dah jarang exercise, takut pulak naik penimbang kaaannnnnnn… dengan berat hati dan takut takut, tadi sy pg timbang… alamakkkkk…. Sudah naik laaaaahhh… x boleh jadi ni.
Semenjak duk 1st floor ni, agak jarang meluangkan masa mandi peluh.. mungkin bz mengemas la kot kaan…semalam agak free tapi gatai keluar lak g beli manik.. ala manik.. labuci labuci tu.. dengan harapan nak jait manik semalam..sudahnyaa… zzzzzzzz selepas makan. Mana tak naik KG tu.. eh lupa nak cerita, cafĂ© kat ofis sudah tukar orang ye.. Mamak style.. agak mahal sikit tapi ok gak… pencetus kesedaran "rajin rajin bawak bekal ye"..*sesungguhnya masak sendiri lagi sihat...
Monday, October 10, 2011
Cerita Semalam
tempah baju kat tailor baru. Saja saja hantar kat tailor ni sebab feedback dari kawan2 yang agak memberangsangkan…. Sesampai di kedai
Tailor: akak ada bawak baju contoh x
Sy: x.
Tailor: ok, nak loose ke nak fit?
Sy: loose
Tailor: bahu 14 ½ inch
Sy: 15inch
Tailor: x bleh. Nanti bahu jatuh x cantik la kakak.
Sy: x pe, sy selalu buat bahu 15 inch
Tailor: pinggang 28cm (ececeh… macam mimpiplak)
Sy: sy selalu buat 31cm, buat 31cm
Tailor: nanti besar sangat la kakak.
Sy: x pe, ikut je. (dalam hati, kang aku gemuk kang sayang baju x pakai)
Tailor: labuh kain brapa?
Sy: 37inch..
Tailor: sy ukur dulu..haaa nasib baik yang ini betul..
*mesti tailor tu bengkek je ngan saya.. dalam hati dia emsti menyumpah, lain kali kalau dah tau ukuran baik x payah suruh aku ukur.. wakakakakaka.. sebenarnya dah kena skali ari tu kat Tanjung malim, banyak sangat bunyik, last2 nyonya tu jait bajuku seperti kelambuku jua….. amik baju dan terus blah, kang aku komplen kang kena sound plak..