Saturday, March 24, 2012

Gunung Datuk 2012

Untuk kali ke-3 Dia dan Saya ke Puncak Datuk. Kali ni kami ber-2 sahaja. ala ala pasangan yang tengah bercinta dan feeling feeling dating atas Gunung.. Bertolak dari rumah selepas subuh, kami sampai RNR Seremban dalam pukul 7.30 pagi. Kali ni Brekfast kat kedai Mak Jah tepi Stesen Komuter Bangi je. Malas lah makan kat RNR, dah lah mahal, x sedap pulak. Singgah RNR semata mata untuk Beli burger kfc je.

Saya ni kalau sudah ada plan untuk naik gunung, benda pertama yang akan terllintas di pikiran ialah "nak makan apa nanti atas gunung?, apa aa yang sedap makan kat atas sana?" x habis habis fikir makanan, kata nak diet, cheh diet kebendernyee... workout, makan, makan hiking, makan, makan , futsal....


Beg ku yang berisi 1.5liter air dan burger KFC di sebelah kiri. of cos yang pink itu kasut saya..

nilah peneman daku untuk exercise.. rajin dia ni melayan karenah bini yang konon konon nak kurus

sikit lagi nak sampai puncak.. Ramai betul group yang naik Gunung Datuk hari ni.. seperti bersiaran di tepian teluk kemang gamaknya.. kejap kejap selisih ngan orang yang nak turun, kejap kejap ada grup yang potong kami.. eh, kantoi lak kami naik slow.

walaupun penat, tapi  memang berbaloi kot... 2101 kcl/ hiking. sangat puas hati. perjalannan naik amik masa 2 jam 30 minit dan turun kami amik masa 2 jam.. Saya perasan ada sorang pakcik ni turun naik 2 kali x berenti... kagum kagum.

tidak lupa singgah kedai kat sini makan jajan dan Teh Ais... kalau ada nasik campur jual kat sini mesti lagi layannnnnn kan... ni pun dah sedap gila nih makanana cam ni dikala lapar.

1 comment: