Friday, July 29, 2011

5 tahun lepas

Rindunya.............
gambar dolu dolu yang kadang2 menyesakkan jiwa...
skg macam x bole jadi macam dalam gambar ni balik dah.... :(

Rindu zaman kecik, jeans 28, baju size S, Berat 50-52kg...

Wednesday, July 27, 2011

PERS~ Tugasan pertama

Hai kawan kawan seMisi,

entry kali ini adelah untuk melengkapkan syarat2 penyertaan racing PERS yang dianjurkan oleh Nadia ~ PERS. Jom sama sama menjawab persoalan penganjur PERS..

Tujuan join PERS?
untuk mencapai berat ideal saya 55kg.. saya tauu, dengan sokongan kawan kawan blogger, saya bole (paling kurang pun :mantainkan @ ) turun berat terkini saya..

Gambar terkini?

Pic~Ehsan dari Cik Mas my opismate..


Gambar berat terkini berserta ibu jari kaki?
ni yang susah skit ni kot.. timbangan adalah timbangan berdiri, jadi nak amik ibu jari kaki tu susah skit kot Nadia.. hahahaha...


Ini adalah berat terkini saya. :) Sorry~ malu lak nak mintak Cik Mas Amik gambar ibu jari kaki

Matlamat Join PERS?
Saya nak pakai baju NIKAH saya 1st raya tahun ni.. (nak amik gambar family)..---> macam x masuk akal kan...

Tuesday, July 26, 2011

Congratulation Orked & My Mom!!!!

Orked unggu berjaya menawan puncak Kinabalu... tu diaa... mesti turun paling kurang pun 5KG kan Orked......


Orked with our mom

Macam x percaya je, Orked berjaya menawan puncak Kinabalu.. Semua orang memperlekehkan kebolehan dia, akhirnya dia berjaya membuktikan "walaupun dia 'comel'" dia kuat semangat.. sampaikan ada orang yang cakap "kalau orked sampai puncak, sy sanggup J!l$t P*P*K Orked". nah dipersilakan menjilat!! memang KEJI orang itu kan...
Orked di puncak Kinabalu... Credit pic to FB Iwan..

My beloved mom... Tabik spring untuk Mom..

Mom de Puncak

aaa.. ini Aten. ingatkan dia bole sampai puncak.. Samai Sayat sayat saja.. tapi.. Syukurlah. janji ada usaha.. usaha lagi ya untuk turun 2kg bulan puasa ni.. Jangan lupa janji kita bulan 9 @ Trusmadi..

Big Thanks To My Beloved "En. Hubby"

Tenkiu abang sebab buat tidur ai tak lena semalam..Nasib baik x tido dengan benda alah ni bang.. u are my best supporter in the world.. "dia" memang pakar dalam menSapraiskan orang rumah dia tau.. Semalam poyo je cakap "abang ada meeting ni, mungkin abis lambat skit". Pukul 7.30ptg dah selamat sampai rumah, siap dah beli barang dapur skit2 lagi.. Pelik gak sebab sebelum ni "dia" akan tanya dulu apa nak beli.

"dia" letak barang barang dapur kat dapur, saya lak sibuk berbuka puasa sensorang.(buruk lantak kan, x tunggu "dia" pun. Tapi milo panas dan cucur jagung untuk "dia" pun dah sedia atas meja ye. Tapi kan, saya menghampakan harapan "dia". sikit pun x tegerak nak kemas barang dapur yang dia beli.. jeling tetap jeling, bila tengok x de benda menarik dalam hati terdetik "kejap lagilah aku susun".

Landing time sambil tengok tv usang kitorang, tiba2 c kecik Ikhwan datang dari dapur dan campak benda alah ni kat saya.... OO EMM JII...... apa SUUNTOOO!!! saya punya menjerit...1 taman kot dengar.. belum campur lompat, jimastik bagai. nasib baiklah dok bawah, kalau dok umah lama mesti orang bawah mengeluh "apa hal orang atas ni, meroyan ke apa".. wakakaka...

Rupanya "dia" masukkan skali benda ni dalam barang2 dapur... heheheh


credit pic to Google.
My Suunto M2

mungkin bagi orang lain, benda ni x de nilai pun.. tapi bagi saya "THE BEST PRESENT" dari "dia" dan saya tau simbolik hadiah ini "dia" menyokong 100% usaha saya untuk kekal dengan gaya hidup sihat. "dia" nak saya gunakan sebaik mungkin jam ini untuk aktiviti exercise saya . Nak tau lebih lanjut tentang jam ini sila lah ke  Suunto

**aku x kire, pakai baju biru ke, purple ke, aku pakai gak jam ni.. hahahahahaha.. kalerful pun kaleful lah.. janji senang hati. lalalalalala


Friday, July 8, 2011

Budak Ini


Budak bucuk ini selalu bikin umi naik darah.. tu salah satu sebab CORTISOL jahat tu menjelma dalam diri.. Budak bucuk ni suka mengamuk, mengamuk x hengat.. last skali, umi pun naik angin sama.. pepagi buta, orked sudah rasuah dia gula gula..  

Wednesday, July 6, 2011

Keperluan air dalam badan

Baru perasan ada artiket menarik kat Nadia Punya Belog. Wahh saya kena minum 2.5L air ye sehari... Nampaknya pas ni kena pastikan paling kurang 2.5L sehari ye ina.. Tapi kan, ada setengah orang bagitau, saya ni gemok air. Ada ke camtu? nadia tolong jawab skit.. :)

Friday, July 1, 2011

Cortisol oh cortisol

Hormon Cortisol bersarang dalam diri… Stress menyebabkan KG susah sangat mau turun. Bye bye dah saya punya 10days induction.. Saya x bole commit. TAPI, saya tetap menghadkan pengambilan kalori sebaik mungkin. Exercise pun saya hadkan 3 kali seminggu. Kenkonon nak berbasikal malam2 tapi nan ado.. x berkesempatan. Ikhwan tengah membesar dan sangat cengeng bila nampak ummi . pantang nampak ummi, nak begayut je celah ketiak.. Fenin tau…

Pagi tadi bfast 2 ketul hati ayam masak rendang + Roti putih sekeping + Nescaffe..

Pukul 11 pg, kuih koci seketul + Keria seketul

Lunch time saya ke gym for 45min walhal masa rehat tu panjang… MALAS!

Pukul 3 Makan maggi + telur (menggigil lutut lapo sangat)

Sampai skg rasa sebu perut ni.. Penuh angin lah ni kot.. tengah berkira2 nak cari jagung untuk dibuat cekodok santapan malam ni.. huhuhu.. dalam pada nak diet, macam macam pulak kau mengidam ye INA