Showing posts with label PERS. Show all posts
Showing posts with label PERS. Show all posts

Friday, September 30, 2011

mmm.. x nak jadi macam ni lagi..

Gambar ni lah yang buat sy berazam untuk kurus.. yang bettudung merah itu adalah saya dikala 64KG

Gambar ini juga.. Raya 2010 dengan berat 62kg tu pun setelah sebulan berpuasa..

ini juga... merahnya mak ngah..

dan ini gambar raya 2011, dengan berat 54.++kg.. happyy tau..

Col Orked with Ikhwan

tiru aksi Ikhwan... hehehe.. Me, Orked and Aten tgah tunggu tren nak rafting @ sungai Padas...
Cik Tilot... kiranya hutang dah langsai yee... nak tengok gambar sy ngan Orked kan.. hehehe... sapa yang paling comel?

Penutup Tirai PERS

Hari ni seawal pukul 4 pagi tau bangun siapkan Nasi Ayam untuk bekalan Mama and Aten pulang kampung. Flight pukul 6.50 dan haruslah harini terlambat sikit masuk opis kaan... kelam kelibut pagi pagi, tambah tambah pulak dah seminggu perut asik meragam.. (semenjak makan Laksa Jamuan Open Division kat opis Isnin lepas) tiap malam asik memerut.. dan tiap malam asik mengentut hehehe... banyak angin koottt... ini lah dia timbangan pagi tadi.. musykil gak... adakah aku bermimpi? sebab seminggu takut nak timbang tau. Dan tiap hari ada jamuan kat opis sepanjang minggu ni... dan lagi minggu ni cuma sekali je berjaya berGym tu pun 30minit je... hurmmm....

Pukul 10.30 pagi punya timbangan, ermm... pagi tadi sempat bfast nasi lemak power kat RNR Nilai..

Me, x dapat nak pakai baju yang sama dengan tugasan pertama.. sebabnya? sengaja pakai baju cotton... tengah hari dan petang ada event yang memerlukan sy bergerak sepantas kilat.. hehehe... sah sah cotton gak yang selesa kannn..

Ulasan keseluruhan PERS
Wah.. nampaknya PERS banyak membantu sy dan jugak Orked dalam misi menurunkan atau mementenkan berat badan. Terus terang, walaupun x turun banyak tapi sy happy gilaaaaaaa sebab dapat pecahkan angka 6 di depan. dan PERS juga menjadi satu dorongan untuk sy aktif bersenam demi kesihatan..

Nadia, u re the best diet organizer and tabik springgggg untuk u... pasti sy akan merindui Nadia dan juga rakan rakan PERS yang lain... apapun, thanks puan penganjur atas layanan 1st class dan dorongan superbs yang tiada tolak banding..

PS, sebelum trlupa.. sy x dapat merealisasikan impian untuk menyarung baju nikah di pagi raya... baju tu tertinggal di BANGI... uwaa... macam mana mau amik saya nun jauh di Sabah.. TAPII... skg saya memang dah boleh sarung baju tersebut dengan senyuman sampai ke telingaa......

Sunday, August 28, 2011

Berpuasa @ kampung

Best bila bersahur dan berbuka di kampung... lebih lebih lagi bila dapat berbuka ramai2.. hoh.. yang x best, bila naik penimbang.. samai skg sy masih lagi ter'stress' dengan angka di penimbang yang x turun2. makin naik lagi adalah.. sy rasa punca kenaikan berat berat sy kali ni, kurang bebanan kerja seharian.. yelah, kalau d rumah sendiri, semua benda kena uruskan sendiri. sini pula, ada ramai pembantu....

semalam, sy berpeluang tolong Orked dan mamaa berniaga di tamu.. seawal 5.30 pagi, waa.... best gila kalau tiap minggu dapat berniaga macam ni.. pukul 8, dah boleh berkemas balik rumah.,. best best best

Monday, August 22, 2011

Timbang Menimbang ke-3 ~PERS

Jumaat lepas saya buat kerja kurang waras... 1 tin coke dan 2 ketul donut Big Apple (yang sangat manis) for buka puasa... Ahad semalam... kerja gila lagi, 9 ketul big apple donut dalam peti ais dan saya makan lagi 3 ketul... saya sudah membayangkan angka 55 itu semakin jauh..


alhamdulillah.. masih ada penurunan.. dan saya semakin risau menghadapi "juadah Raya" tahun ni..


Monday, August 15, 2011

Special assignment for PERS


15 Ramadhan, x sabar rasanya balik kampung… Ammar Idlan, setiap pagi menghitung hari, lagi berapa hari kita nak balik kampung umi? Hahaha.. hari ni jawapan pada soalan Ammar Idlan ialah "lagi 10 hari kita balik Kampung Man". Tahun ni Kami sekeluarga akan menyambut Syawal di Kampung Apin Apin Keningau.. di mana letaknya Kampung Apin Apin? Haaa.. Apin Apin terletak di Kawasan Pedalaman Sabah.. betul betul di bahagian jantung Sabah.. adalah kot 120km dari KK. Kalau dulu jalan lama, ambik masa dalam 2 stengah jam daripada airport.. tapi skg sudah ada jalan baru, dalam sejam setengah sampai lah ke kampung ku tercinta.
Raya raya dan raya… Bestnya…. X sabar sudah mau raya nih.. Biasanya 1st raya, kami akan round beraya satu kampung.. Memandangkan Kampung saya orang Islam adalah minority, jadi x jadi masalah untuk keliling kampung dalam masa sehari yee… paling best bila dapat jumpa kawan2 lama dan saudara mara yang lama x jumpa.. setahun sekali lah jumpa. Time raya je lah jumpa pun… Juadah d pagi raya yang sy x sabar sabar lagi nak masak dan makan ialah "lontong, rendang ayam, dan soto" rasanya kalau di sekitar kampung saya hidangan "soto" mesti ad adi setiap rumah.. saya memang penggemar soto, dan rasanya Soto itu x mengemukkan… Eh, soto kat Kampung saya bukan yang ada nasi impit tu ye.. Soto is mihun sup, dan sup itu x berminyak tau… nantilah kalau berkesempatan, sy akan amik pix setiap food untuk tatapan kawan kawan disemenanjung… Budaya kita berbeza dan mungkin u all kurang jelas dengan cerita saya kan.. pape pun silakan bertanya kalau mau tau lebih lanjut.
Bestnya kalau raya taun ni sy dah kurus skit.. 55Kg tu consider kurus lah bagi saya yang sudah 2 tahun beraya dengan berat 60++kg. 2009 beraya dengan 69kg, hehehe pregnant 8 bulan. 2010 beraya dengan 61kg.. Alangkah indah raya taun ni bila ada orang cakap "wah, ina… ko nampak kurus lah skg. Apa rahsianya?" wah…. Sangat keramat itu kata2.. boleh jadi pembakar semangat untuk 10 taun eh bulan.. dan alangkah indahnya kalau sy dapat mengayakan baju2 lama dengan selesa…
Taun ni saya ada misi yang harus dilangsaikan… Mt. Trusmadi~ here we come. *baru dapat info tadi, jalan Tambunan untuk ke Trusmadi ditutup.. Ya Allah, permudahkan lah urusan perjalanan kami….

Timbangan Minggu Ke-3 PERS

Senyum...
happy....

timbangan hari ni sekitar jam 8 pagi


sudah lama angka ini x muncul untuk timbangan saya...
saya, sekitar 2 tahun lalu dan dengan berat ini, tapi masih belum sedar bahawa "sebarang kenaikan berat, amat lah susah untuk diturunkan". 2 tahun yang sudah, saya suka sangat makan dan sangat liat untuk exercise. Tahun 2011, setelah berkenalan dengan Diet Bloggers, barulah saya sedar betapa menjaga kesihatan itu penting.. MANY THANKS TO ALL DIET BLOGGER! SNTN, CYC, GDK @ PERS.. Special thanks to Para penganjur kontes2 di atas..
eh, macam lah turun banyak sangat kan. padahal 800gram je..  

Tuesday, August 9, 2011

BerPERS dikala x puasa..


1st day x berpuasa.. seperti biasa tetap gak kena bangun untuk sediakan menu sahur untuk En. Hubby. Kebetulan jugak Cik Orked ada kat rumah untuk 2-hari.. memang tiada chance langsung mengelat tau.. Sy bersahur seperti biasa. Milo Kosong berserta kurma dan menjamah sedikit nasi + lauk pauk. Kalau x kang, en. Hubby kecik ati plak kang.. nanti dia akan cakap macam ni "kalau sakit gastric kang jangan bising kat abang ye, abang cakap tanak percaya". Masak sangat dah dengan perangai En. Hubby. Asal mengadu sakit, mesti dia akan salahkan kita balik.
Sy memang langsung x bawak bekalan makanan, x sangka lah pulak ari ni kena senggugut yang agak teruk. Terpaksa gak kuar g petronas cari roti.. nak makan ubat punya pasal.. habis 2 ketul fluffy bun sy telan.. hahahahaha… dalam kepala memang teringat PERS tapi terpaksa diignore.. haippp…. Jangan amalkan ina.. next week timbang kalu, NAMPAK angka 60 padan muka.. minum air setakat 2-3 gelas saja.. x sempat campur segan keluar masuk pantry..
Malam ni en. Kazen mau datang beriftar dirumah.. Orked yang memang terkenal rajin memasak dan menjamu orang bakal masak macam macam.. dan sudah tentu, saya yang akan jadi mangsa keadaan..biasalah kalau En. Kazen datang.. cerita yang berjela panjang akan menambah selera dengan otomatiknya… strategi sy hari ni ~~minum air sebanyak mungkin sebelum "mereka" berbuka puasa…. Orang yang x puasa ni lain skit.. bahaya.. semua nak ngapp…

Monday, August 8, 2011

Timbangan minggu ke-2 Berpuasa dan berPERS

Salam dan Hai,
Insyallah hari ni kalau diizinkan Allah, sudah hari ke-8 kita berpuasa.. Minggu lepas best betul dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan En. Hubby, Mama dan Aten.. Walaupun agak "kesibukan" tapi sempat juga menyediakan juadah berpuasa. TAPI, tak miss hokay pg pasar Ramadan...  Nanti akan dicerita-in ya aktiviti berbuka dan bersahur minggu lepas... Nadia, ni berat terkini Ahkak pepagi tadi selepas bersahur. (kompem la lepas sahur kan, timbng pun kat opis~ hari ni pinjam hset En. Hubby tau semata-mata untuk Sesi timbang menimbang PERS)

Tersenyum dipagi hari tengok angka ini.... semalam dah keluarkan baju idamanku, my sis cakap (tiada harapan tu ko pakai baju tu)..


Monday, August 1, 2011

PERS~ 1st Timbangan


Hari pertama berpuasa. Letih gilaaa… padahal bukannya x biasa puasa sebelum ni..even minggu lepas pun sy sempat puasa sunat lagi. J Hari ni rasa macam "terasing di bumi sendiri" x larat segala galanya.. cakap pun macam berat mulut, nak jalan jalan pun cam berat bontot. apa nak jadi dengan ko ni Ina..
Berat pagi tadi seawall 7.30pagi ialah:

tidak kurang dan tidak lebih dari timbangan Jumaat lepas selepas sesi makan sampai lebam kat Burger King.. Pagi tadi sahur yang hebat. Sebab mama saya ada disisi.. jadi, makan apa pun semua sedap.. si Orked kasian sebab dia bersahur sorang2 dengan kucing saja...
Menu Sahur:

Selamat Berpuasa semua

Alhamdullillah, Allah masih memberi peluang pada kita untuk menjalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan dan menguji kesabaran.

Cabaran PERS bermula hari ni, dengan penuh kesemputan sy gagahkan juga mencari sumber tertentu yang bole membantu saya untuk completekan assignment Nadia.. Setel untuk minggu ini.. Untuk minggu depan, kita pikirkan kemudian yee..

Wednesday, July 27, 2011

PERS~ Tugasan pertama

Hai kawan kawan seMisi,

entry kali ini adelah untuk melengkapkan syarat2 penyertaan racing PERS yang dianjurkan oleh Nadia ~ PERS. Jom sama sama menjawab persoalan penganjur PERS..

Tujuan join PERS?
untuk mencapai berat ideal saya 55kg.. saya tauu, dengan sokongan kawan kawan blogger, saya bole (paling kurang pun :mantainkan @ ) turun berat terkini saya..

Gambar terkini?

Pic~Ehsan dari Cik Mas my opismate..


Gambar berat terkini berserta ibu jari kaki?
ni yang susah skit ni kot.. timbangan adalah timbangan berdiri, jadi nak amik ibu jari kaki tu susah skit kot Nadia.. hahahaha...


Ini adalah berat terkini saya. :) Sorry~ malu lak nak mintak Cik Mas Amik gambar ibu jari kaki

Matlamat Join PERS?
Saya nak pakai baju NIKAH saya 1st raya tahun ni.. (nak amik gambar family)..---> macam x masuk akal kan...