Wednesday, December 22, 2010

Takut je tengok penimbang..

Hari ni saya ke gym lagi... workout ala ala kadar je.. Yang penting keluar peluh.. Hurm... hampeh, saya skg dah jadi fobia tengok penimbang.. Takut sangat sangat. tak bole terima hakikat.. tak pernah saya cecah 62kg tau.. isy isy isy...

Bfast hari ni saya makan 2 biji telur separuh masak + kuih koci seketul + Air suam.. Seboleh bolehnya saya takmo dah minum air manis pepagi ni.. cukup la secawan susu anlene...

Lunch lak- Tengah lapar gigil gigil dah ni... kejap lagi saya nak turun cafe cari makanan.. :)

Dinner- malam ni saya ada tetamu... saya akan masakkan nasik untuk diorang. Saya makan lauk saja dan semalam saya dah beli oat. bule buat bubur Oat versi kawan blogger ku..

Macam Bagus eh kedai nih!!

Lama tak buat entry pasal makanan kan.. minggu ni saya sangat frust dan sangat sakit hati.. banyak masalah, banyak benda yang tak settle.. Penyebab utama saya makan banyak.. Semalam saya bfast dengan mr hubby kat kedai MAMAK!! *high calories hokay.. saya makan mee hoon goreng dengan sambal kerang + teh ais..

Lunch time(12.30-1.45)- saya ke gym.... (syabas untuk diri sendiri..ting tong)

2.30- turun cafe la wei... ketaq kepala lutut saye ni.. saya makan kepak ayam 2 ketul (Lemak), ikan tenggiri 1 ketul (kurang lemak kot), tahu teloq 2 potong (lemak jugek), sambal sutun x terkire banyak.. Burb.. alhamdulillah kenyang.. (banyak kan saya makan)

4.30 petang saya ke cafe lagi, beli air cincau bandung (Gula/kantoi disitu)

6.30 petang balik keje mr hubby lak beli goreng pisang tapi saya dah full tank.. tak bole sumbat dah..

7.30 Mr. Hubby ajak g makan.. dok mengidam sangat makan CikenCop.. Kitorang hanak beranak pegi la kedai dekat dekat umah ni haa.... ni lah makanan dia semalam.... hambek kau..

Mr. Hubby punye.. tempting x? jangan tertipu sayang... Cikencop yang paling tak sedap di donia.. x sedap langsung.. rege dah lah mahai nak mampos.. cekik darah punya tokei... pas ni tak kan kami jejak lagi kedai makan ini.. blacklisted sudah...

yang ini saya order... pun macam hampas!! tawar habiaq. Mee rebus yang paling tak sedap di donia.. ada satu lagi hidangan yang saya lopa nak snap.. mushrom sup.. emm.. x berbaloi makan kat kedai ni...

Sebenarnya inilah intipati entry saya kali ni.. Memang x berbaloi bayar untuk dinner ini.. Sudahlah pekerja a.k.a tokey dia  ni blur sesangat, kalau lelaki panggil laju je kau datang, aku ni dok melangut panggil kau 2-3 kali.. kau jawap sekejap kak, sekejap kak.. sapa yang tak panas dik oiii..... nak letak nama kedai tak buleh, tapi kedai dia ni dekat je dengan pasar malam BSP. kang ada yang kena ugut saman kang.. saya pernah kena skali kena ugut dengan d&^%(*.. mentanglah kau banyak duhet kan.. senang senang nak saman orang.. walhal saya komplen benda yang betull..

Tuesday, December 21, 2010

Kuih Cakoi Made From Sabah

Kengkawanku Noradz & Azini, Sebenarnya sama je ngan kuih cakoi Sabah dan semenanjung. Bezanya cuma, Cakoi Sabah ni kakak saya yang buat.. Hehehehe... Lupa nak amik gambo lak.. Rasa lebih kurang je dengan cakoi yang jual kat semenanjung ni haaa.. Tapi... ada beza sikit kot, lebih sedap dan gebu dan rasa pun lain skit.Kakak saya buat cakoi versi cina punya. ada rasa bawang putih skit. Maybe sebab saya membesar dengan Cakoi Sabah ni tu yang rasa tak sama tuh.. Kakak saya pun satu gak, dah tau adik dia tengah diet dikirimnya pulak cakoi 100 bijik..

Monday, December 20, 2010

TolOng SaYa. FruSt gilerrrrr.. Nak give up...

Setelah 20 hari tak jamah walau sebutir nasik, pagi tadi saya dengan bangganya naik ke penimbang.. OMG!!! terkejut beruk, teruja, cam nak nangis pun ade.. macam frust tahap maksimum, rasa macam nak tarik diri... tapi bila fikir fikir balik, mungkin salah sendirik kan.. nasik tak makan, tapi benda lain kau bedal. mana nak kurus cik Inaaa..


Aini, ini lah dia keputusan yang amat memberangsangkan dari saya.. Semoga lepas ni saya insag=f tak mo makan kuih banyak banyak.. Last weekend saya ke KL drift, then taulah kalau g tempat panas macam ni, 2 hari beturut saya minum 100plus, 2 hari beturut jugak saya membelasah makan mee goreng mamak, dan yang paling pasti, setiap pagi saya bfast Kuih Cakoi made from Sabah yang kakak kesayangan bekalkan untuk saya sebanyak 100 bijik..

Rasanya kat rumah ada lagi berbaki dalan 5-6bijik.. yang 94 bijik dah masuk dalam perut kami laki bini, mungkin 4 masuk perut laki dan yang selebihynya masuk perut saye... Sedndirik mau ingat ye... Sila ketuk kepala saya sampai saya sedar!!

Thursday, December 16, 2010

DieT Ikut Jenis Darah?

Saya terbaca satu artikel yang menarik dari Dak Am si Juara. Menarik untuk dikongsi..
Saya ni termasuk dalam golongan berdarah "O". tak sangka ye, rupanya selama ini saya mengamalkan diet yang banyak bercanggah dengan apa yang disarankan oleh Dr. Peter J.D.. hehehe.. pas ni kena lebih banyak study nih.. go Ina go ina.. Nampaknya saya tak bole makan cendawan, brocoli, taugeh.. uwaa... semua yang sedap sedap belaka laaa..

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

CIRI KHAS GOLONGAN DARAH O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Wednesday, December 15, 2010

Dak Am... saya mau tiru kamu..

Dasat la Am ni, banyak gilos dia turun... sampai 5 kiloss... wow.. sungguh hebat dia.. tepukan gemuruh untuk dia..

Sikit laie nak fedap..

Seksa tau, saya dok sakit perut since Jumaat lepas.. Kalau jumpa doktor sure doktor akan cakap benda sama.. Ni angin ni, dan konfem Abang akan membebel sikit sikit tapi bisa menusuk jantung.. Kemuncak saya sakit hari Ahad, sampai x larat nak bangun. Dalam hati ni berbisik tau, kalau tak makan nasik bole mati ke? Nasib baiklah time tu ada Ma'ah yang jadi sumber kekuatan.. dengan tegas "jangan makan nasik, nanti tersingkir SNTN" tenkiu adikku! i luv u..

Semalam saya makan agak banyak.. yelah, baru baik dari sakit yang panjang. Mesti timbang dah naik.. sendiri la mau ingat, betul x? Yang penting, hari ni saya dah rasa sihat sesihatnya.. Alhamdulillah, syukur... masih diberi nikmat makan.

Ps: Perut kembung semacam.. ada sesapa tau tak macam mana nak buang angin2 dalam perut ni?