Tuesday, April 5, 2011

on Scale!!! Minggu ke 4

Eh, kembali ke berat yang asal ye ina...

Stilll... akan dikaler kunen oleh penganjur.... masih belum berjaya kurangkan berat walau segram pun... Insyallah next week pecah lah angka 9~ itu. Eh... x boleh kot, Jumaat ni mau cuti, jalan jalan cari makan.. kompom minggu depan angka 5 tu bertukar 6.. Frust kan cam nih... (frust mende, diet x supo diet.)

Monday, April 4, 2011

Menjelang Timbang time ~ saya susah hati

Saya sangat susah hati kerana minggu lepas saya dah dicop kuning oleh penganjur. Dalam ramai ramai kontestan, saya sorang saja yang memNaik Kg dengan jayanya.. Saya telah berjaya menternak lemak lemak berlebihan dalam badan saya.. Siapa yang salah? Stress juga yang disalahkan. Padahal diri sendiri yang melantak tak hengat. Minggu lepas saya telah berjaya menambah 900gram ye kawan kawan...

suprisingly!!! pagi tadi saya memberanikan diri untuk naik ke penimbang dan... jeng jeng jeng......... Sudah pun mencapai 60.00KG!! tahniah untuk diri sendiri... Uwaaaa..... sangat sedih..... lepas ni mau puasa lah seminggu... Tak mo makan nasik lah macam ni (padahal baru lpas tgk resepi, apa nak masak malam ni). Dalam hati teringin makan sambal udang. (kompom makan dengan nasik kan)..

kau ini, balik balik janji x mau makan banyak! tapi nah.. ko terimalah padah makan banyak..

Wiken yang indah ~CYC week 5


apa lagi xtvt yang paling indah pada wiken kalau bukan makan, makan dan makan..... bab kantoi mengkantoi ni selalu terjadi pada wiken.. stuju ka x? saya hanya mampu mengeluh.. no action, keluh kesah tidak membawa apa apa makna kak ina ooooiii.... tengok apa saya makan wiken yang lepas... ni masuk minggu ke-5 CYC nih..


tu diaaa..... makan nasi lagi banyak banyak inaaa..... makan lgi..

hari memasak sedonia.. dan hari x keluar rumah sedonia jugak.. Janji cik abang nak jogging, tapi apakan daya.. janji tinggal janji. lagipun en. Ikhwan  bucuk ummi demam lite2..

yang ini palig best kot.. seharian kami membakar lemak dari planeterium (eh, betul ka spelling itu aa) then pegi pusat sains negara (semata-mata tengok dino alive)... bole x lunch merangkap dinner pukul 5 petang.. Nasib baik hanak2 ku itu jenis x cepat lapar.. bfast setakat mee hoon goreng, pukul 11.30 gerak dari rumah, dan lunch kul 5?

Eh! kejam gila mak pak cam kami ni kan..

Friday, April 1, 2011

Nobody is perfect

akhirnya, saya mampu suarakan isi hatii... Saya berjaya mematahkan serangan psikologi dari "dia". Saya berjaya luahkan ketidakpuasan hati saya pada "dia". dengan harapan lepas ni tiada lagi kekepohan dari "dia" tentang diet saya.. Saya mau diet dan sihat.. saya mampu merubahnya... dan yang paling penting, saya tidak perlukan dia untuk jadi pakar nutrisi saya... saya tau gaya hidup saya lebih baik daripada "dia".

Memang saya tidak seslim dia, tapi yang pasti saya rasa saya lebih cergas berbanding "dia".. Ok, kawan tetap kawan... kena belajar terima hakikat, terima kekurangan kawan dan jangan asyik kondem orang saja.. macamkan ko lah orang yang paling sempurna di dunia... Kena terima hakikat wahai kawan ku, saya, kamu dan orang lain manusia biasa.. Nobody is perfect....

CYC Week 3

Minggu ni minggu makan banyak dan kurang workout..








Nampaknya food diary semakin dingin kan... macam tiada diet pula.. aduhhhh!! macam mana nihh... berat badan sudah naikkk.... pening... sudah cecah 60 kg... ai stress..

Tuesday, March 29, 2011

Steress yang melampau!!

Artikel yang sangat berguna ini saya cedok bulat bulat dari belog Zekryla.. Thanks sahabat.. Sangat berguna bagi saya. Permisi ya...


Bila kita stress, badan kita akan keluarkan hormon cortisol.

Bila hormon cortisol dikeluarkan secara berlebihan, ini antara perkara yang boleh berlaku;

Higher and more prolonged levels of cortisol in the bloodstream (like those associated with chronic stress) have been shown to have negative effects, such as:
  • Impaired cognitive performance
  • Suppressed thyroid function
  • Blood sugar imbalances such as hyperglycemia
  • Decreased bone density
  • Decrease in muscle tissue
  • Higher blood pressure
  • Lowered immunity and inflammatory responses in the body, slowed wound healing, and other health consequences
  • Increased abdominal fat, which is associated with a greater amount of health problems than fat deposited in other areas of the body. Some of the health problems associated with increased stomach fat are heart attacks, strokes, the development of metabolic syndrome, higher levels of “bad” cholesterol (LDL) and lower levels of “good” cholesterol (HDL), which can lead to other health problems!

    sumber: klik sini
Tips for the day, jangan terlalu memikirkan nak kurus.. Set mind untuk sihat..
Minggu ni dan minggu lepas merupakan minggu yang teruk bagi saya.. Saya stress anak anak kurang sihat, saya stress peel manusia2 sekitar yang banyak songeh, saya stress dengan macam macam benda kerja.. Dan reward untuk stress itu KG adalah mencanak canak naik.. Pagi tadi sy timbang dan sy hampir hampir bagi flying kick kat penimbang... Cahayaa... tolong saya.. timbangan pagi tadi 59.9kg

Friday, March 25, 2011

Hutang Tertunggak- CYC Minggu keTiga

Minggu lepas memang sangat mencabar bagi saya.. Menjaga 2 anak yang kurang sihat.... Bukan senang kan membesarkan anak ni.. Adoyaii..... Minggu ketiga memang food diary amat cantik. tiada merah disitu ya kawan kawan... oppss.... sy lost 19 hb. sy lupa buat note... langsung x hengat apa yang saya makan on tht day... halal ya cahaya....







Kunun kunun mau puasa.. malangnya Cik P sudah mari... insyallah minggu depan akan diusahakan... minggu ni dapatlah saya turun 2 kali ke gym.... bangga tau, berjaya melawan malas... kalau ikutkan hati, swimming dalam sleeping bag saja lunch time... mengenang CYC, semangat tetiba membara... wah.. (macamkan hehari pg gym. prasan lah ko ni ina)