Friday, August 12, 2011

>Hari ini<

Saya Meneman En. Hubby bersahur, x mau kisah semalam berulang.. Semalam x sahur, sudahnya menggigil kegastrikan sampai ke Maghrib.. Menu sahur yang paling simple. Sup Ayam, ayam goreng spicy, sayur goreng & sambal kicap.. Alhamdulillah, kenyang……

Dahlah sahur makan nasi, bawak bekal nasik, isy isy isyy.. semakin berdebar nak naik penimbang minggu depan… hahahaha… malam ni x mo makan nasi.. makan sayur saja..

Tuesday, August 9, 2011

BerPERS dikala x puasa..


1st day x berpuasa.. seperti biasa tetap gak kena bangun untuk sediakan menu sahur untuk En. Hubby. Kebetulan jugak Cik Orked ada kat rumah untuk 2-hari.. memang tiada chance langsung mengelat tau.. Sy bersahur seperti biasa. Milo Kosong berserta kurma dan menjamah sedikit nasi + lauk pauk. Kalau x kang, en. Hubby kecik ati plak kang.. nanti dia akan cakap macam ni "kalau sakit gastric kang jangan bising kat abang ye, abang cakap tanak percaya". Masak sangat dah dengan perangai En. Hubby. Asal mengadu sakit, mesti dia akan salahkan kita balik.
Sy memang langsung x bawak bekalan makanan, x sangka lah pulak ari ni kena senggugut yang agak teruk. Terpaksa gak kuar g petronas cari roti.. nak makan ubat punya pasal.. habis 2 ketul fluffy bun sy telan.. hahahahaha… dalam kepala memang teringat PERS tapi terpaksa diignore.. haippp…. Jangan amalkan ina.. next week timbang kalu, NAMPAK angka 60 padan muka.. minum air setakat 2-3 gelas saja.. x sempat campur segan keluar masuk pantry..
Malam ni en. Kazen mau datang beriftar dirumah.. Orked yang memang terkenal rajin memasak dan menjamu orang bakal masak macam macam.. dan sudah tentu, saya yang akan jadi mangsa keadaan..biasalah kalau En. Kazen datang.. cerita yang berjela panjang akan menambah selera dengan otomatiknya… strategi sy hari ni ~~minum air sebanyak mungkin sebelum "mereka" berbuka puasa…. Orang yang x puasa ni lain skit.. bahaya.. semua nak ngapp…

Monday, August 8, 2011

sorry

Kawan kawan… sorry, x sempat sembang panjang dan x sampan jawab komen.. ececehh, macam lah bz sangat kan.. minggu lepas pun x sempat nak sembang banyak ngan geng diet FB.. kerja kerja dan kerja yang tak habis habis… so sorry..

Timbangan minggu ke-2 Berpuasa dan berPERS

Salam dan Hai,
Insyallah hari ni kalau diizinkan Allah, sudah hari ke-8 kita berpuasa.. Minggu lepas best betul dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan En. Hubby, Mama dan Aten.. Walaupun agak "kesibukan" tapi sempat juga menyediakan juadah berpuasa. TAPI, tak miss hokay pg pasar Ramadan...  Nanti akan dicerita-in ya aktiviti berbuka dan bersahur minggu lepas... Nadia, ni berat terkini Ahkak pepagi tadi selepas bersahur. (kompem la lepas sahur kan, timbng pun kat opis~ hari ni pinjam hset En. Hubby tau semata-mata untuk Sesi timbang menimbang PERS)

Tersenyum dipagi hari tengok angka ini.... semalam dah keluarkan baju idamanku, my sis cakap (tiada harapan tu ko pakai baju tu)..


Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama Berpuasa dan BerPERS

Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menjalankan ibadah puasa kali ini. Tahun ni saya berazam untuk bersederhana dibulan puasa. Kalau bole nak masak sendiri. Disamping dapat mengurangkan kos belanja dapat juga melatih perut untuk kata "tidak" to makanan yang berlebihan.. Teringat zaman duduk kat Desa Petaling selepas kawin dulu. Kami laki bini selalu membeli x beringat, dan makan pun terpaksa makan semaksimum mungkin untuk mengelak pembaziran.. kataka TIDAK pada pembaziran ya ina. Itu belum lagi ditambah dengan every weekend berbuka kat rumah Makcik abang kira pangkat MIL la.. kalau MIL tau kitorang nak datang memang macam nak jamu 10 orang tau.. sudahnya, kami laki bini makan sampai x boleh nak angkat perut. No no no no ina.. x mo macam tu lagi..

Hasil menjala di Bazar Ramadan semalam~ Wadeh 5 ketul, Cucur Udang Sebungkus, laksa dan Ayam masak merah 2 ketul. Berjaya berjimat J

Sahur 1 Ramadan

Milo O secawan

Air Kosong 450ml ~1 thumbler kecik itu.

Kurma 3 biji

Nasi + Sayur masak bening + Daging goreng cili

multivitamin sebiji.


 

Buka Puasa 1 Ramadan

Milo 0 secawan

Air Kosong 1 tumbler (450ml)

Kurma 3-5 biji (x ingat)

Nasi + ayam kicap/Ayam masak merah (terpaksa makan sebab sayang kalau x habis) + sayur goreng

*Semalam risau memikirkan kalau makan macam ni susu drop.. Alhamdulillah.. cukup lagi untuk Ikhwanku

Monday, August 1, 2011

PERS~ 1st Timbangan


Hari pertama berpuasa. Letih gilaaa… padahal bukannya x biasa puasa sebelum ni..even minggu lepas pun sy sempat puasa sunat lagi. J Hari ni rasa macam "terasing di bumi sendiri" x larat segala galanya.. cakap pun macam berat mulut, nak jalan jalan pun cam berat bontot. apa nak jadi dengan ko ni Ina..
Berat pagi tadi seawall 7.30pagi ialah:

tidak kurang dan tidak lebih dari timbangan Jumaat lepas selepas sesi makan sampai lebam kat Burger King.. Pagi tadi sahur yang hebat. Sebab mama saya ada disisi.. jadi, makan apa pun semua sedap.. si Orked kasian sebab dia bersahur sorang2 dengan kucing saja...
Menu Sahur:

Selamat Berpuasa semua

Alhamdullillah, Allah masih memberi peluang pada kita untuk menjalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan dan menguji kesabaran.

Cabaran PERS bermula hari ni, dengan penuh kesemputan sy gagahkan juga mencari sumber tertentu yang bole membantu saya untuk completekan assignment Nadia.. Setel untuk minggu ini.. Untuk minggu depan, kita pikirkan kemudian yee..