Thursday, December 16, 2010

DieT Ikut Jenis Darah?

Saya terbaca satu artikel yang menarik dari Dak Am si Juara. Menarik untuk dikongsi..
Saya ni termasuk dalam golongan berdarah "O". tak sangka ye, rupanya selama ini saya mengamalkan diet yang banyak bercanggah dengan apa yang disarankan oleh Dr. Peter J.D.. hehehe.. pas ni kena lebih banyak study nih.. go Ina go ina.. Nampaknya saya tak bole makan cendawan, brocoli, taugeh.. uwaa... semua yang sedap sedap belaka laaa..

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

CIRI KHAS GOLONGAN DARAH O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

2 comments:

  1. ummi ammar kira2 macam tak boley amik oat la kan...bijiran takley...oat tu bijiran kan..hihi..btw kita da buat entry pasal bubur tu..:)

    ReplyDelete
  2. hehehe... makan je la noor.. abih kalau sume x leh makan, nak makan apa? betul x? betul betul betul... ayat penyedap hati nih.

    ReplyDelete