Usaha untuk diet yang diambil sepanjang minggu ini:
Isnin~ gigih ke gym dengan harapan dapat membuang sisa2 toksik dalam badan.
Selasa~gigih jugak ke gym untuk buang peluh pulak
Rabu & Khamis~ gigih melantak makanan free bersempena dengan training Bahasa Melayu
Jumaat~ gigih terkinja kinja main badminton dengan kak Enn..
Nampak macam ada kesungguhan kan TAPI, balik rumah je mesti terus menyerbu ke dapur tengok mak masak apa. Mengalahkan orang yang puasa tau.. isy isy isy.. mama cakap, stop lah makan, berenti la ko makan ina.. tapi nafsu membalas "sedapnya, rugi ko tak makan ina, mama ko lagi 2 minggu mau balik kampung sudah" dan akhirnya, nafsu makan melebihi segala galanya.. akibatnya, setiap kali sebelum tido, hati berkata "menyesalnya aku makan banyak". apa boleh buat, nasi dah masuk dalam perut pun ina....
Sempena bulan Rejab ni, minggu depan sy sudah pasang niat untuk puasa Isnin dan Khamis. hari hari lain silalah ke gym ye.. Kata nak kurus, tadi timbang dah 60kg apa cer??? matilah katak..Kena ingat, tiada jalan mudah untuk kurus.. Kena kuat semangat macam geng geng CYC Tilot, Yana, Lea, Kay, Nadia, Cahaye... pinjam semangat korang sikit yee..
No comments:
Post a Comment