Friday, June 24, 2011

3rd day 10DI

Semalam konon jer x mau dinner.. Aman lak dengan bangganya request kat ayah.. Aman teringin nak makan Nasi Ayam KFC la yah. Kan best kalau dapat makan malam nih.. hahahaha… haaa sudah, nak tanak mesti sy "tercilok2" gak makan tuh.. siap cakap ngan en. Asben, "jangan beli apa2 untuk ai tau". TAPII… dia belikan saya zinger burger 1 set.. marah tak????? Haruss lah pasang strategi. Bang, ai x mo makan malam ni.. Ai bawak pegi opis lah besok..hehehehe. nasib baik dia sporting x merajuk..

Pagi tadi sy bekpes Zinger beger okay! Tapi saya makan ayam sahaja.. rotinya diletak tepi (tips adalah dari En. Bici).

Kendian lunch sponsored by company.. Nasi Ayam set (buah betik, keropok ikan, salad, Ayam, muffin @ agar2 buah) saya makan ayam+sos+salad+agar2 buah + MUFFIN. Kantoi lagi disitu. Muffin itu sangat manis.. Saya tak makan buah sebab x suka betik masak. Kalau jeruk insyallah sy boleh habiskan 500gram sensorang. Btw, lunch time kan panjang. Apa lagi main badminton kita hari ni yee.. x sampai sejam pun.. Busuk beb.. bau bangkai tikus dalam dewan tu. Thanks to kak Enn coz sudi main badminton dengan saya..

Dinner ~ belum fikir lagi apa mau di mamam malam ni. Encik asben balik lambat, agak agak kalau malas masak, beli je burger untuk hero hero ku dirumah tu. Malam ni final maharaja lawak. Pesanan untuk diri sendiri malam ni, jangan beli sebarang junk food.. tengok je TV tu sambil minum air Kosong..

P/S*rasa macam nak peluk je timbang kat Gym tadi… lalalalalalalala…. Bahagianya kalau angka itu x bertambah.. walaupun static, sy tetap hepi..

Thursday, June 23, 2011

My pren

Sorry the morry… sangat x best bila x bole reply u all punya komen kat blog ni.. Nadia, Azeanthy, Faz, Kak Aya, Kak Cha, Kay dan yang lain lain.. sorry yee… bukan tak mau reply tapi sy pun kompius sebenarnya apa sudah jadi. Mungkin juga opis blok sudah.. opis x bagi kitorang berbelog kot.. hehehehe…. Nadia, really appreciate it (all ur support).. btw, atkins diet x sesuai untuk saya. Kena tunggu my son umur 2 tahun then bole stopkan dia menyusu… yes!! Boleh lah buat atkins diet.. hahaha.. Atkins diet x sesuai untuk ibu menyusu..

2Day~10DI

Mode* winx winx.. x pasti adakah saya hepi atau x.. Pagi pagi bfast 2 biji telur rebus dengan air suam.. Hajat dihati, konon mau puasa harini.. tapi, terlajak sahur. Dah lah semalam lupa minum air.. hahahaha… so, insyallah next week bole puasa.

Disebabkan meeting dengan bos yang sangat lama, termiss masuk gym ari ni.. sudahlah miss gym, pegi makan pulak tu.. Oh menyesal sungguh. Mee hoon sup pulak tu.. apebendanya konon nak buat 10 days induction. Itu mee hoon bukan karbo ka kawan? Kantoi disitu.. malam ni kena berbasikal 30minit gamaknya. X pun kenalah mop satu rumah supaya kecut skit perutku ini.

Petang pulak, pegi tea talk kat opis. Adoyai… kantoi lagi disitu. Walaupun kenyang tapi saya amik gak 2 ketul pisang goreng, nescafee 1cup, dan roti jala seketul.. kesimpulannya disini, saya sangat x berdisiplin.. apa yang saya boleh buat ialah "control pengambilan karbo" saja. Esok masih ada, dan saya akan cuba lagi besok..

23.06.2011 ~dalam perut saya:

2 biji telur, Mee hoon sup, 2 ketul pisang goreng, seketul roti jala, nescafee

Mungkin lebih baik kalau saya elak makan pisang goreng dan nescafee itukan? Malam ni jangan makan apa2 ye Ina.


 

!st Day ~10DI

23.6.11 target untuk start balik diet yang kelaut.. Saya kumpulkan kekuatan yang aada untuk mengelak makanan berkalori tinggi. Nampaknya misi adalah gagal. meh check apa yang saya makan semalam yee.. Bfast adalah 1 set scrambble egg (2 keping roti gardenia plus telur 2 biji kot plus 1 cawan nescaffe) sepatutnya saya kena elakkan amik roti dan nescaffe. agak agak berapa kalori tu semua.. besok lah kat opis baru kira.
Lunch time saya ke gym untuk 45 min w/out. as simple as i can.. x nak stresss sangat, then saya amik jalan mudah. jogging dan cycling untuk 300 kalori sudah cukup. Ikutkan hati nak burn sampai 500 kal, tapi badan sudah penat lah pulak. untuk lunch, saya kirim kat Shima bihun sup power konon nak makan petang petang. apakan daya, as a coo lii baa taakkkkk, x sempat ko lunch hari ni.. tension ke x? x sama skali.. sy doakan orang yang blagak bos tu bahagia. last last bihun sup itu dibawak ke dinner.. owh, sngat bahagia bila dapat skip lunch. kalau dapat skip dinner lagi bagus.. bila kena gastrik, baru padan muka!

Tuesday, June 21, 2011

Thanks a lot Nadia and Azeanty

Thanks, atas kata kata semangat dari anda semua.. to all my kawan kawan, sorry z bole reply komen komen… ntah apa sudah jadi dengan blogspot ni.. bila mau reply saja, mesti x bole… apa pun x bole.. Bicikut, ku ingin jadi macam kamu.. kuat semangat dan sangat komited. Nadia, pinjamkan lagi sedikit semangat kamu pada "Kami kami" yang jauh ketinggalan ini..

Nak seribu daya, taknak seribu dalih!!!

Permulaan untuk Esok

Wahh… Kay dah capai 57kg… Tahniah… ada lagi 2 kg untuk dibuang.. Saya tak sure macam mana nak start diet ni.. sepanjang Mama ada dengan kami di Bangi, saya skip segala macam tips diet yang ada. Mama punya pasal saya abaikan diet saya.. makan tetap makan.. walau sekenyang manapun saya dari opis, sampai rumah tengok makanan atas meja, wahh sedapnya, mau makan nih… ok ok.. Hajat di hati, mama balik kampung je terus saya nak start diet.. Nampaknya suda 2 hari berlalu dan saya tetap disini.. mengira kalori tapi x membataskan pengambilan kalori.. Exercise pun terbantut sekejap, penangan demam rindu pada mama…

Ok, memandangkan geng geng CYC ada projek diet masing masing kan.. Saya pun teringin nak ada projek diet sendiri.. Sementara menunggu Nadia punya kontes, baik saya sekat sikit sikit kalori saya. Ku ingin jadi macam Kay.. Besok adalah permulaan Ina. Mulai besok, kau kena ingat ya Ina.. Skip karbo sebanyak mungkin, Exercise sebanyak mungkin..

Harapan~ Ya Allah, berilah kekuatan pad ahambamu untuk jaga kesihatan. Aminnn…

Tuesday, June 14, 2011

Noting is Impossible

ai ingatkan ai pregnant tau.. then stop sekejap diet ai.. ai start x skip lunch, ai start kurangkan aktiviti gym. konon nak buat saprais kat mak, kakak dan adik adik.. wah... tau tau cik P sudah mailah tadi.. padahal kan sudah lewat lebih kurang seminggu kau.. ai dah siap kira due date lagi... UPT je tak sempat buat.. isy isy... tapi takpa, means lepas ni boleh teruskan diet bersama geng2 diet yang semakin lama semakin mengganas nih... tak pe korang mengganas skg.. minggu depan ai lak nak buat sapais untuk korang.. hahahaha... kay, ai jeles sebenarnya kat u. jeles dan malu yu... hehehe

Friday, June 3, 2011

Teruskan Usaha untuk Diet

Usaha untuk diet yang diambil sepanjang minggu ini:
Isnin~ gigih ke gym dengan harapan dapat membuang sisa2 toksik dalam badan.
Selasa~gigih jugak ke gym untuk buang peluh pulak
Rabu & Khamis~ gigih melantak makanan free bersempena dengan training Bahasa Melayu
Jumaat~ gigih terkinja kinja main badminton dengan kak Enn..

Nampak macam ada kesungguhan kan TAPI, balik rumah je mesti terus menyerbu ke dapur tengok mak masak apa. Mengalahkan orang yang puasa tau.. isy isy isy.. mama cakap, stop lah makan, berenti la ko makan ina.. tapi nafsu membalas "sedapnya, rugi ko tak makan ina, mama ko lagi 2 minggu mau balik kampung sudah" dan akhirnya, nafsu makan melebihi segala galanya.. akibatnya, setiap kali sebelum tido, hati berkata "menyesalnya aku makan banyak". apa boleh buat, nasi dah masuk dalam perut pun ina....

Sempena bulan Rejab ni, minggu depan sy sudah pasang niat untuk puasa Isnin dan Khamis. hari hari lain silalah ke gym ye.. Kata nak kurus, tadi timbang dah 60kg apa cer??? matilah katak..Kena ingat, tiada jalan mudah untuk kurus.. Kena kuat semangat macam geng geng CYC Tilot, Yana, Lea, Kay, Nadia, Cahaye... pinjam semangat korang sikit yee..