Friday, November 25, 2011

Aerobic ke-5

Semakin ghari semakin berkurangan ahli ahli gimnas aerobic kami ni.. Mybe ramai yang amik kesempatan cuti sempena cuti sekolah dan kebetulan Isnin depan Public Holiday.. Horraayyy…. Session hari ni kitorang Cuma ber-7 termasuk insctructor sorang, walaupun x ramai tapi tetap happening. Yelah kan, kawan2 yang sporting sporting belaka mestilah mau happy.. ½ jam aerobic dan ½ jam lagi body toning (betul ke eja nih). Body Toning ni nampak macam simple tapi, walaweiii… shakkkiiiittt hokay… sakit yang menghasilkan rasa fresh selepas beberapa jam.. Menurut perkiraan Suunto yang dah dibaik pulih, session aerobic hari ni berjaya membakar 200Kcl. Lebih kurang je dengan pembakaran Kcl di Gym..

Apa pun… Wa sangat enjoy wooo ni aerobic.. sempoi dan sangat best….

Nda sabar suda mau tgk Boboi malam ni.. "tame macam kiteee"

Tuesday, November 22, 2011

Lapar lapar dan lapar.. bila mau diet tah

Sejak turun Gunung Datuk, perutku sentiasa lapar dan minta di isi.. mungkin nak topup lelemak yang dah dibakar.. stress oo.. ini macam kalu, baik x payah hiking.. buang karen je

Friday, November 18, 2011

Gunung Datuk lagi

Insyallah...  kalau betul ramalan cuaca ni, kami akan sampai jugak puncak Datuk besok.. :)

Cakap pasal diet

Dah lama tak menulis pasal diet ni.. fed up mungkin. dari hari ke sehari, makin berat kott.... azam tu ada tapi kekuatan mungkin agak kurang dan semangat yang tidak seberapa.. Susah hati bila nampak penimbang... disiplin pun dah agak longgar sekarang ni...

Sudah 3 minggu kurangkan exercise... gym seminggu sekali saja, harap aerobik ajelah sejam seminggu.. setiap jumaat.. rasa rasa tren exercise macam ni ok ke tak? makan pulak, semakin hari semakin berselera.. nak kata mengandung... eh... x mungkin kot...

bila tah nak insap.. maybe next week? atau tidak sampai bila bila.. susah mau cerita la...

Friday, October 28, 2011

Diet Vs Angin

Semenjak kenkonon diet ni, perut selalu sebu dan rasa macam banyak angin.. kadang tu rasa macam Ya Allah kembungnya perut aku.. letih weh, perut sebu.. itu normal ka atau tanda tanda penyakit.. risau mak tau.. plan nak buat full medical check up semenjak awal taun. Nampaknya, plan tinggal plan semata..takut punya pasal, sanggup tangguh2 kan… isy isy isy..

Thursday, October 20, 2011

waduh waduh...

Baru beberapa bulan guna my Suunto, tiba tiba shut down pulak... kemungkinan besar bateri kong. x dapat lah kira kalori burned Jumaat nih.. Frust betol

Tuesday, October 18, 2011

Yeah!!!! X Sabar nak tunggu Jumaat nih


 

Semangat weih.. dapat email dari AJK Sports Club tadi:

Dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan XXX akan menganjurkan latihan Seni Senaman Aerobik

untuk kakitangan Wanita pada setiap hari Jumaat dan latihan pertama akan bermula minggu ini.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Hari             :        21 Oktober 2011
(Jumaat)

Masa           :        12.50 tghari – 2.00 petang


 

Ohh.. sudah tidak sabar untuk beraerobik Jumaat nih.. jumaat lepas main badminton ala kadar, Isnin gym ala kadar, selasa pun gym ala kadar gara gara gastric melampau, Insyallah Jumaat nih sy nak beraerobik sehabis mungkin.. wakakakakakaka… diet dah ke laut sebenarnya dan agak angka di penimbang agak mengecewakan..

Wednesday, October 12, 2011

Aiyak!!!!!!


Fokus. Fokus ina… ceh, mentang2 x join mana mana kontes diet mendiet kan, jarang pulak exercise.. bila dah jarang exercise, takut pulak naik penimbang kaaannnnnnn… dengan berat hati dan takut takut, tadi sy pg timbang… alamakkkkk…. Sudah naik laaaaahhh… x boleh jadi ni.
Semenjak duk 1st floor ni, agak jarang meluangkan masa mandi peluh.. mungkin bz mengemas la kot kaan…semalam agak free tapi gatai keluar lak g beli manik.. ala manik.. labuci labuci tu.. dengan harapan nak jait manik semalam..sudahnyaa… zzzzzzzz selepas makan. Mana tak naik KG tu.. eh lupa nak cerita, café kat ofis sudah tukar orang ye.. Mamak style.. agak mahal sikit tapi ok gak… pencetus kesedaran "rajin rajin bawak bekal ye"..*sesungguhnya masak sendiri lagi sihat...

Monday, October 10, 2011

Cerita Semalam

tempah baju kat tailor baru. Saja saja hantar kat tailor ni sebab feedback dari kawan2 yang agak memberangsangkan…. Sesampai di kedai

Tailor: akak ada bawak baju contoh x

Sy: x.

Tailor: ok, nak loose ke nak fit?

Sy: loose

Tailor: bahu 14 ½ inch

Sy: 15inch

Tailor: x bleh. Nanti bahu jatuh x cantik la kakak.

Sy: x pe, sy selalu buat bahu 15 inch

Tailor: pinggang 28cm (ececeh… macam mimpiplak)

Sy: sy selalu buat 31cm, buat 31cm

Tailor: nanti besar sangat la kakak.

Sy: x pe, ikut je. (dalam hati, kang aku gemuk kang sayang baju x pakai)

Tailor: labuh kain brapa?

Sy: 37inch..

Tailor: sy ukur dulu..haaa nasib baik yang ini betul..

*mesti tailor tu bengkek je ngan saya.. dalam hati dia emsti menyumpah, lain kali kalau dah tau ukuran baik x payah suruh aku ukur.. wakakakakaka.. sebenarnya dah kena skali ari tu kat Tanjung malim, banyak sangat bunyik, last2 nyonya tu jait bajuku seperti kelambuku jua….. amik baju dan terus blah, kang aku komplen kang kena sound plak..

Friday, September 30, 2011

mmm.. x nak jadi macam ni lagi..

Gambar ni lah yang buat sy berazam untuk kurus.. yang bettudung merah itu adalah saya dikala 64KG

Gambar ini juga.. Raya 2010 dengan berat 62kg tu pun setelah sebulan berpuasa..

ini juga... merahnya mak ngah..

dan ini gambar raya 2011, dengan berat 54.++kg.. happyy tau..

Col Orked with Ikhwan

tiru aksi Ikhwan... hehehe.. Me, Orked and Aten tgah tunggu tren nak rafting @ sungai Padas...
Cik Tilot... kiranya hutang dah langsai yee... nak tengok gambar sy ngan Orked kan.. hehehe... sapa yang paling comel?

Penutup Tirai PERS

Hari ni seawal pukul 4 pagi tau bangun siapkan Nasi Ayam untuk bekalan Mama and Aten pulang kampung. Flight pukul 6.50 dan haruslah harini terlambat sikit masuk opis kaan... kelam kelibut pagi pagi, tambah tambah pulak dah seminggu perut asik meragam.. (semenjak makan Laksa Jamuan Open Division kat opis Isnin lepas) tiap malam asik memerut.. dan tiap malam asik mengentut hehehe... banyak angin koottt... ini lah dia timbangan pagi tadi.. musykil gak... adakah aku bermimpi? sebab seminggu takut nak timbang tau. Dan tiap hari ada jamuan kat opis sepanjang minggu ni... dan lagi minggu ni cuma sekali je berjaya berGym tu pun 30minit je... hurmmm....

Pukul 10.30 pagi punya timbangan, ermm... pagi tadi sempat bfast nasi lemak power kat RNR Nilai..

Me, x dapat nak pakai baju yang sama dengan tugasan pertama.. sebabnya? sengaja pakai baju cotton... tengah hari dan petang ada event yang memerlukan sy bergerak sepantas kilat.. hehehe... sah sah cotton gak yang selesa kannn..

Ulasan keseluruhan PERS
Wah.. nampaknya PERS banyak membantu sy dan jugak Orked dalam misi menurunkan atau mementenkan berat badan. Terus terang, walaupun x turun banyak tapi sy happy gilaaaaaaa sebab dapat pecahkan angka 6 di depan. dan PERS juga menjadi satu dorongan untuk sy aktif bersenam demi kesihatan..

Nadia, u re the best diet organizer and tabik springgggg untuk u... pasti sy akan merindui Nadia dan juga rakan rakan PERS yang lain... apapun, thanks puan penganjur atas layanan 1st class dan dorongan superbs yang tiada tolak banding..

PS, sebelum trlupa.. sy x dapat merealisasikan impian untuk menyarung baju nikah di pagi raya... baju tu tertinggal di BANGI... uwaa... macam mana mau amik saya nun jauh di Sabah.. TAPII... skg saya memang dah boleh sarung baju tersebut dengan senyuman sampai ke telingaa......

Monday, September 26, 2011

Sesi Timbang minggu minggu terakhir PERS

Sorry Nadia, agak lambat dan x gambar lagik.. Berat terkini saya hari ni ialah 58kg.

Ingatkan jadi buruh kasar hari ni dapat lah turunkan 1 kg… frust ajee… Kay semakin jauh meninggalkan gue… sob sob sob.. sedih hati ini….. uwaaa..

Monday, September 19, 2011

Timbangan ke-2 Syawal

Halooooo…. Sorry lah kawan kawan, jarang benor mengupdate belog semenjak dua menjak ni. tulah dia kalau cuti raya tu lama sangat kan.. hehehe.. maka menimbunlah kerja a.k.a rutin Harian yang perlu disetelkan.. uhuk uhuk uhuk.. penat sungguh, lepas miting tadi ada jemputan raya kat Jabatan lain, x boleh elak dah, sebab jamuan hari raya betul betul hampir dengan bilik miting.. hahahaha…

Bila cheese cake terbentang depan mata, lemang dan rendang dah x nampak dah… memang hati tu jadi tak keruan, menjerit2 mintak disuap cheese cake… alhamdulillah.. sudah kenyang dengan cheese cake tau… 2 cucuk satay ayam dan meehoon sup berserta nescaffe panas… Alhamdulillah syukur.. masih dipinjam kan selera makan yang cukup baik… oh.. hari ni sy dah betul betul standby untuk turun ke gym.. Insyallah…….. dan sebelum terlupa, berat pagi tadi (minta mahap Nadia, x de gambar jugak) berat terkini pagi tadi ialah 58.1kg

Tuesday, September 13, 2011

Saya benci Café Ofis


Hari ni bfast air Nescafe + KAHAK. Memang lahanat, dan babi. Kita bayar bukan minum free. Apesal kurang hajar sangat. Sampai skg sy loya.. mana x loya. Sedut kahak orang. Kahak sendiri pun kita geli, inikan kahak orang… Memang sial kan…. Eee geram..

Timbangan 12/9/2011

Sorry la lambat update… Ntah kenapa badan rasa letih semacam sejak balik dari kampung. Mungkin perjalanan yang panjang buat badanku letih..hehehe.. alasan je tuh… semalam sempat g timbang kat GYM. Berat terkini ialah 58.9kg.. ntah ye, naik ke turun. X perasan dah.. frust sangat sampai x ingat nai ke turun.. Gambar tak de lah nak upload… hset zaman batu lah katakana.. insyallah timbangan minggu depan akan disertakan gambar bole Nadia?. Ermm… PMS punya pasal, sy x exercise. Rindu sesi keluarkan peluh tapi senggugut punya pasal, terpaksa tangguh dulu niat suci murniku itu..

Dengan itu Puan Nadia berat terkini ku ialah 58.9KG

Wednesday, August 31, 2011

Open House 2011

Harini Open House d rumah mama... frust.. sebab orked dan mama masak sedap sedap belaka..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Kawan kawan sediet... selamat hari raya aidilfitri... mohon maaf kiranya pernah menyinggung perasaan korang.. dan yang paling penting... ingat tau.. raya raya gak... diet tetap diet...

Monday, August 29, 2011

Timbangan minggu terakhir puasa / sebelum raya



timbangan pagi tadi sebelum sahur..... ni pakai penimbang Orked dan hset dik_firah.. sangat x centre sebab dik-firah malas menyenap gambar.. hohoh.. bila tgk angka ni.. sy semakin risau untuk "menjamu selera di pagi raya".  Orked mengamuk sebab misi dia untuk menambah berat sy x berjaya. hahahaha


setahun sekali angka macam ni... besok beraya Orked nak bawak air 2L gantung kat leher.. pedulikan apa orang nak kata..

Sunday, August 28, 2011

Berpuasa @ kampung

Best bila bersahur dan berbuka di kampung... lebih lebih lagi bila dapat berbuka ramai2.. hoh.. yang x best, bila naik penimbang.. samai skg sy masih lagi ter'stress' dengan angka di penimbang yang x turun2. makin naik lagi adalah.. sy rasa punca kenaikan berat berat sy kali ni, kurang bebanan kerja seharian.. yelah, kalau d rumah sendiri, semua benda kena uruskan sendiri. sini pula, ada ramai pembantu....

semalam, sy berpeluang tolong Orked dan mamaa berniaga di tamu.. seawal 5.30 pagi, waa.... best gila kalau tiap minggu dapat berniaga macam ni.. pukul 8, dah boleh berkemas balik rumah.,. best best best

Thursday, August 25, 2011

IFTAR @ Home sweet Home Sabah

Alhamdulillah, selamat sampai pukul 1 tgah hari tadi... best dapat berbuka ramai ramai dengan makanan yang amatbanyak termasuk 3 ulas durian... hahahahaha timbangan sebelum dan selepas berbuka beza 1.5kg.. risau...
Menu at the day;
mee goreng
nasi putih
sambal udang petai
lada putih
umbut kelapa masak lemak
ikan sungai..
air tembikai... fuh.......... makan sampai susah mau bangun oooo




Monday, August 22, 2011

Special Request

Orked, sila ambil maklomat Menu Iftar 25/08/2011 (Khamis) Soto ayam, Ikan Sungai, jus tembikai. Jangan lupa beli murtabak dan buatkan kami anak beranak jelly kelapa plss…. Harap maklomat. Eh, ayam goreng untuk Aman.. eh.. banyak lagi yang kami mau tapi nanti kemudian di khabarkan..

Macam x percaya pun ada

Seriesli, saya macam x percaya puasa tahun ni saya berjaya mengendurkan skit KG dalam badan.. masih segar dalam ingatan tau, puasa last year memang x turun langsung.. naik lagi ada… macam mimpi angka 56.7 itu. Memang x dijangka boleh kurang kan kg. Terasa macam "wah magiknya". Huhuhu… BESAR LAH HARAPAN SAYA KIRANYA DAPAT KURANGKAN LAGI 1 KG DI PAGI RAYA NANTI

Timbang Menimbang ke-3 ~PERS

Jumaat lepas saya buat kerja kurang waras... 1 tin coke dan 2 ketul donut Big Apple (yang sangat manis) for buka puasa... Ahad semalam... kerja gila lagi, 9 ketul big apple donut dalam peti ais dan saya makan lagi 3 ketul... saya sudah membayangkan angka 55 itu semakin jauh..


alhamdulillah.. masih ada penurunan.. dan saya semakin risau menghadapi "juadah Raya" tahun ni..


Friday, August 19, 2011

Sahur ke 19

Kelmarin dan harini kami laki bini bersahur tanpa perasaan….. hehehe "bang, x lalu dah nak makan ni. sakit tekak la weh. Macam telan pasir kan" dia jawab "ha'ah. Abang pun x lalu" sambil angkat pinggan dan buang belen nasi…

Tuesday, August 16, 2011

Menu Berbuka ~ berangan jak dulu bah


Wah…. Yang penting berangan tu pree.. sesuka hati kita berangan yuk… ai berangan mau makan tu soto ayam si Orked.. nyum nyum nyum.. Berangan lagi mau makan laksa mama… nyum nyum nyum lagi.. berangan mau makan mee goreng seri keningau… nyum nyum nyum… segala2nya tentang makanan… berangan makan makanan Sabahan harap jangan kempunan… ya ampunn makkk… macam mana mau kurus.. belum apa2 lagi sudah berangan makan. Cheh… eh 25 hb ni flight kami (sy, Aman dan Adik Ikhwan), en. Jai tinggal sensorang yaa.. pukul 6 petang harussss zasss "orked ko blanja buka pos adi Seri Keningau"

Monday, August 15, 2011

Special assignment for PERS


15 Ramadhan, x sabar rasanya balik kampung… Ammar Idlan, setiap pagi menghitung hari, lagi berapa hari kita nak balik kampung umi? Hahaha.. hari ni jawapan pada soalan Ammar Idlan ialah "lagi 10 hari kita balik Kampung Man". Tahun ni Kami sekeluarga akan menyambut Syawal di Kampung Apin Apin Keningau.. di mana letaknya Kampung Apin Apin? Haaa.. Apin Apin terletak di Kawasan Pedalaman Sabah.. betul betul di bahagian jantung Sabah.. adalah kot 120km dari KK. Kalau dulu jalan lama, ambik masa dalam 2 stengah jam daripada airport.. tapi skg sudah ada jalan baru, dalam sejam setengah sampai lah ke kampung ku tercinta.
Raya raya dan raya… Bestnya…. X sabar sudah mau raya nih.. Biasanya 1st raya, kami akan round beraya satu kampung.. Memandangkan Kampung saya orang Islam adalah minority, jadi x jadi masalah untuk keliling kampung dalam masa sehari yee… paling best bila dapat jumpa kawan2 lama dan saudara mara yang lama x jumpa.. setahun sekali lah jumpa. Time raya je lah jumpa pun… Juadah d pagi raya yang sy x sabar sabar lagi nak masak dan makan ialah "lontong, rendang ayam, dan soto" rasanya kalau di sekitar kampung saya hidangan "soto" mesti ad adi setiap rumah.. saya memang penggemar soto, dan rasanya Soto itu x mengemukkan… Eh, soto kat Kampung saya bukan yang ada nasi impit tu ye.. Soto is mihun sup, dan sup itu x berminyak tau… nantilah kalau berkesempatan, sy akan amik pix setiap food untuk tatapan kawan kawan disemenanjung… Budaya kita berbeza dan mungkin u all kurang jelas dengan cerita saya kan.. pape pun silakan bertanya kalau mau tau lebih lanjut.
Bestnya kalau raya taun ni sy dah kurus skit.. 55Kg tu consider kurus lah bagi saya yang sudah 2 tahun beraya dengan berat 60++kg. 2009 beraya dengan 69kg, hehehe pregnant 8 bulan. 2010 beraya dengan 61kg.. Alangkah indah raya taun ni bila ada orang cakap "wah, ina… ko nampak kurus lah skg. Apa rahsianya?" wah…. Sangat keramat itu kata2.. boleh jadi pembakar semangat untuk 10 taun eh bulan.. dan alangkah indahnya kalau sy dapat mengayakan baju2 lama dengan selesa…
Taun ni saya ada misi yang harus dilangsaikan… Mt. Trusmadi~ here we come. *baru dapat info tadi, jalan Tambunan untuk ke Trusmadi ditutup.. Ya Allah, permudahkan lah urusan perjalanan kami….

Timbangan Minggu Ke-3 PERS

Senyum...
happy....

timbangan hari ni sekitar jam 8 pagi


sudah lama angka ini x muncul untuk timbangan saya...
saya, sekitar 2 tahun lalu dan dengan berat ini, tapi masih belum sedar bahawa "sebarang kenaikan berat, amat lah susah untuk diturunkan". 2 tahun yang sudah, saya suka sangat makan dan sangat liat untuk exercise. Tahun 2011, setelah berkenalan dengan Diet Bloggers, barulah saya sedar betapa menjaga kesihatan itu penting.. MANY THANKS TO ALL DIET BLOGGER! SNTN, CYC, GDK @ PERS.. Special thanks to Para penganjur kontes2 di atas..
eh, macam lah turun banyak sangat kan. padahal 800gram je..  

Friday, August 12, 2011

>Hari ini<

Saya Meneman En. Hubby bersahur, x mau kisah semalam berulang.. Semalam x sahur, sudahnya menggigil kegastrikan sampai ke Maghrib.. Menu sahur yang paling simple. Sup Ayam, ayam goreng spicy, sayur goreng & sambal kicap.. Alhamdulillah, kenyang……

Dahlah sahur makan nasi, bawak bekal nasik, isy isy isyy.. semakin berdebar nak naik penimbang minggu depan… hahahaha… malam ni x mo makan nasi.. makan sayur saja..

Tuesday, August 9, 2011

BerPERS dikala x puasa..


1st day x berpuasa.. seperti biasa tetap gak kena bangun untuk sediakan menu sahur untuk En. Hubby. Kebetulan jugak Cik Orked ada kat rumah untuk 2-hari.. memang tiada chance langsung mengelat tau.. Sy bersahur seperti biasa. Milo Kosong berserta kurma dan menjamah sedikit nasi + lauk pauk. Kalau x kang, en. Hubby kecik ati plak kang.. nanti dia akan cakap macam ni "kalau sakit gastric kang jangan bising kat abang ye, abang cakap tanak percaya". Masak sangat dah dengan perangai En. Hubby. Asal mengadu sakit, mesti dia akan salahkan kita balik.
Sy memang langsung x bawak bekalan makanan, x sangka lah pulak ari ni kena senggugut yang agak teruk. Terpaksa gak kuar g petronas cari roti.. nak makan ubat punya pasal.. habis 2 ketul fluffy bun sy telan.. hahahahaha… dalam kepala memang teringat PERS tapi terpaksa diignore.. haippp…. Jangan amalkan ina.. next week timbang kalu, NAMPAK angka 60 padan muka.. minum air setakat 2-3 gelas saja.. x sempat campur segan keluar masuk pantry..
Malam ni en. Kazen mau datang beriftar dirumah.. Orked yang memang terkenal rajin memasak dan menjamu orang bakal masak macam macam.. dan sudah tentu, saya yang akan jadi mangsa keadaan..biasalah kalau En. Kazen datang.. cerita yang berjela panjang akan menambah selera dengan otomatiknya… strategi sy hari ni ~~minum air sebanyak mungkin sebelum "mereka" berbuka puasa…. Orang yang x puasa ni lain skit.. bahaya.. semua nak ngapp…

Monday, August 8, 2011

sorry

Kawan kawan… sorry, x sempat sembang panjang dan x sampan jawab komen.. ececehh, macam lah bz sangat kan.. minggu lepas pun x sempat nak sembang banyak ngan geng diet FB.. kerja kerja dan kerja yang tak habis habis… so sorry..

Timbangan minggu ke-2 Berpuasa dan berPERS

Salam dan Hai,
Insyallah hari ni kalau diizinkan Allah, sudah hari ke-8 kita berpuasa.. Minggu lepas best betul dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan En. Hubby, Mama dan Aten.. Walaupun agak "kesibukan" tapi sempat juga menyediakan juadah berpuasa. TAPI, tak miss hokay pg pasar Ramadan...  Nanti akan dicerita-in ya aktiviti berbuka dan bersahur minggu lepas... Nadia, ni berat terkini Ahkak pepagi tadi selepas bersahur. (kompem la lepas sahur kan, timbng pun kat opis~ hari ni pinjam hset En. Hubby tau semata-mata untuk Sesi timbang menimbang PERS)

Tersenyum dipagi hari tengok angka ini.... semalam dah keluarkan baju idamanku, my sis cakap (tiada harapan tu ko pakai baju tu)..


Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama Berpuasa dan BerPERS

Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menjalankan ibadah puasa kali ini. Tahun ni saya berazam untuk bersederhana dibulan puasa. Kalau bole nak masak sendiri. Disamping dapat mengurangkan kos belanja dapat juga melatih perut untuk kata "tidak" to makanan yang berlebihan.. Teringat zaman duduk kat Desa Petaling selepas kawin dulu. Kami laki bini selalu membeli x beringat, dan makan pun terpaksa makan semaksimum mungkin untuk mengelak pembaziran.. kataka TIDAK pada pembaziran ya ina. Itu belum lagi ditambah dengan every weekend berbuka kat rumah Makcik abang kira pangkat MIL la.. kalau MIL tau kitorang nak datang memang macam nak jamu 10 orang tau.. sudahnya, kami laki bini makan sampai x boleh nak angkat perut. No no no no ina.. x mo macam tu lagi..

Hasil menjala di Bazar Ramadan semalam~ Wadeh 5 ketul, Cucur Udang Sebungkus, laksa dan Ayam masak merah 2 ketul. Berjaya berjimat J

Sahur 1 Ramadan

Milo O secawan

Air Kosong 450ml ~1 thumbler kecik itu.

Kurma 3 biji

Nasi + Sayur masak bening + Daging goreng cili

multivitamin sebiji.


 

Buka Puasa 1 Ramadan

Milo 0 secawan

Air Kosong 1 tumbler (450ml)

Kurma 3-5 biji (x ingat)

Nasi + ayam kicap/Ayam masak merah (terpaksa makan sebab sayang kalau x habis) + sayur goreng

*Semalam risau memikirkan kalau makan macam ni susu drop.. Alhamdulillah.. cukup lagi untuk Ikhwanku

Monday, August 1, 2011

PERS~ 1st Timbangan


Hari pertama berpuasa. Letih gilaaa… padahal bukannya x biasa puasa sebelum ni..even minggu lepas pun sy sempat puasa sunat lagi. J Hari ni rasa macam "terasing di bumi sendiri" x larat segala galanya.. cakap pun macam berat mulut, nak jalan jalan pun cam berat bontot. apa nak jadi dengan ko ni Ina..
Berat pagi tadi seawall 7.30pagi ialah:

tidak kurang dan tidak lebih dari timbangan Jumaat lepas selepas sesi makan sampai lebam kat Burger King.. Pagi tadi sahur yang hebat. Sebab mama saya ada disisi.. jadi, makan apa pun semua sedap.. si Orked kasian sebab dia bersahur sorang2 dengan kucing saja...
Menu Sahur:

Selamat Berpuasa semua

Alhamdullillah, Allah masih memberi peluang pada kita untuk menjalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan dan menguji kesabaran.

Cabaran PERS bermula hari ni, dengan penuh kesemputan sy gagahkan juga mencari sumber tertentu yang bole membantu saya untuk completekan assignment Nadia.. Setel untuk minggu ini.. Untuk minggu depan, kita pikirkan kemudian yee..

Friday, July 29, 2011

5 tahun lepas

Rindunya.............
gambar dolu dolu yang kadang2 menyesakkan jiwa...
skg macam x bole jadi macam dalam gambar ni balik dah.... :(

Rindu zaman kecik, jeans 28, baju size S, Berat 50-52kg...

Wednesday, July 27, 2011

PERS~ Tugasan pertama

Hai kawan kawan seMisi,

entry kali ini adelah untuk melengkapkan syarat2 penyertaan racing PERS yang dianjurkan oleh Nadia ~ PERS. Jom sama sama menjawab persoalan penganjur PERS..

Tujuan join PERS?
untuk mencapai berat ideal saya 55kg.. saya tauu, dengan sokongan kawan kawan blogger, saya bole (paling kurang pun :mantainkan @ ) turun berat terkini saya..

Gambar terkini?

Pic~Ehsan dari Cik Mas my opismate..


Gambar berat terkini berserta ibu jari kaki?
ni yang susah skit ni kot.. timbangan adalah timbangan berdiri, jadi nak amik ibu jari kaki tu susah skit kot Nadia.. hahahaha...


Ini adalah berat terkini saya. :) Sorry~ malu lak nak mintak Cik Mas Amik gambar ibu jari kaki

Matlamat Join PERS?
Saya nak pakai baju NIKAH saya 1st raya tahun ni.. (nak amik gambar family)..---> macam x masuk akal kan...

Tuesday, July 26, 2011

Congratulation Orked & My Mom!!!!

Orked unggu berjaya menawan puncak Kinabalu... tu diaa... mesti turun paling kurang pun 5KG kan Orked......


Orked with our mom

Macam x percaya je, Orked berjaya menawan puncak Kinabalu.. Semua orang memperlekehkan kebolehan dia, akhirnya dia berjaya membuktikan "walaupun dia 'comel'" dia kuat semangat.. sampaikan ada orang yang cakap "kalau orked sampai puncak, sy sanggup J!l$t P*P*K Orked". nah dipersilakan menjilat!! memang KEJI orang itu kan...
Orked di puncak Kinabalu... Credit pic to FB Iwan..

My beloved mom... Tabik spring untuk Mom..

Mom de Puncak

aaa.. ini Aten. ingatkan dia bole sampai puncak.. Samai Sayat sayat saja.. tapi.. Syukurlah. janji ada usaha.. usaha lagi ya untuk turun 2kg bulan puasa ni.. Jangan lupa janji kita bulan 9 @ Trusmadi..

Big Thanks To My Beloved "En. Hubby"

Tenkiu abang sebab buat tidur ai tak lena semalam..Nasib baik x tido dengan benda alah ni bang.. u are my best supporter in the world.. "dia" memang pakar dalam menSapraiskan orang rumah dia tau.. Semalam poyo je cakap "abang ada meeting ni, mungkin abis lambat skit". Pukul 7.30ptg dah selamat sampai rumah, siap dah beli barang dapur skit2 lagi.. Pelik gak sebab sebelum ni "dia" akan tanya dulu apa nak beli.

"dia" letak barang barang dapur kat dapur, saya lak sibuk berbuka puasa sensorang.(buruk lantak kan, x tunggu "dia" pun. Tapi milo panas dan cucur jagung untuk "dia" pun dah sedia atas meja ye. Tapi kan, saya menghampakan harapan "dia". sikit pun x tegerak nak kemas barang dapur yang dia beli.. jeling tetap jeling, bila tengok x de benda menarik dalam hati terdetik "kejap lagilah aku susun".

Landing time sambil tengok tv usang kitorang, tiba2 c kecik Ikhwan datang dari dapur dan campak benda alah ni kat saya.... OO EMM JII...... apa SUUNTOOO!!! saya punya menjerit...1 taman kot dengar.. belum campur lompat, jimastik bagai. nasib baiklah dok bawah, kalau dok umah lama mesti orang bawah mengeluh "apa hal orang atas ni, meroyan ke apa".. wakakaka...

Rupanya "dia" masukkan skali benda ni dalam barang2 dapur... heheheh


credit pic to Google.
My Suunto M2

mungkin bagi orang lain, benda ni x de nilai pun.. tapi bagi saya "THE BEST PRESENT" dari "dia" dan saya tau simbolik hadiah ini "dia" menyokong 100% usaha saya untuk kekal dengan gaya hidup sihat. "dia" nak saya gunakan sebaik mungkin jam ini untuk aktiviti exercise saya . Nak tau lebih lanjut tentang jam ini sila lah ke  Suunto

**aku x kire, pakai baju biru ke, purple ke, aku pakai gak jam ni.. hahahahahaha.. kalerful pun kaleful lah.. janji senang hati. lalalalalala


Friday, July 8, 2011

Budak Ini


Budak bucuk ini selalu bikin umi naik darah.. tu salah satu sebab CORTISOL jahat tu menjelma dalam diri.. Budak bucuk ni suka mengamuk, mengamuk x hengat.. last skali, umi pun naik angin sama.. pepagi buta, orked sudah rasuah dia gula gula..  

Wednesday, July 6, 2011

Keperluan air dalam badan

Baru perasan ada artiket menarik kat Nadia Punya Belog. Wahh saya kena minum 2.5L air ye sehari... Nampaknya pas ni kena pastikan paling kurang 2.5L sehari ye ina.. Tapi kan, ada setengah orang bagitau, saya ni gemok air. Ada ke camtu? nadia tolong jawab skit.. :)

Friday, July 1, 2011

Cortisol oh cortisol

Hormon Cortisol bersarang dalam diri… Stress menyebabkan KG susah sangat mau turun. Bye bye dah saya punya 10days induction.. Saya x bole commit. TAPI, saya tetap menghadkan pengambilan kalori sebaik mungkin. Exercise pun saya hadkan 3 kali seminggu. Kenkonon nak berbasikal malam2 tapi nan ado.. x berkesempatan. Ikhwan tengah membesar dan sangat cengeng bila nampak ummi . pantang nampak ummi, nak begayut je celah ketiak.. Fenin tau…

Pagi tadi bfast 2 ketul hati ayam masak rendang + Roti putih sekeping + Nescaffe..

Pukul 11 pg, kuih koci seketul + Keria seketul

Lunch time saya ke gym for 45min walhal masa rehat tu panjang… MALAS!

Pukul 3 Makan maggi + telur (menggigil lutut lapo sangat)

Sampai skg rasa sebu perut ni.. Penuh angin lah ni kot.. tengah berkira2 nak cari jagung untuk dibuat cekodok santapan malam ni.. huhuhu.. dalam pada nak diet, macam macam pulak kau mengidam ye INA

Friday, June 24, 2011

3rd day 10DI

Semalam konon jer x mau dinner.. Aman lak dengan bangganya request kat ayah.. Aman teringin nak makan Nasi Ayam KFC la yah. Kan best kalau dapat makan malam nih.. hahahaha… haaa sudah, nak tanak mesti sy "tercilok2" gak makan tuh.. siap cakap ngan en. Asben, "jangan beli apa2 untuk ai tau". TAPII… dia belikan saya zinger burger 1 set.. marah tak????? Haruss lah pasang strategi. Bang, ai x mo makan malam ni.. Ai bawak pegi opis lah besok..hehehehe. nasib baik dia sporting x merajuk..

Pagi tadi sy bekpes Zinger beger okay! Tapi saya makan ayam sahaja.. rotinya diletak tepi (tips adalah dari En. Bici).

Kendian lunch sponsored by company.. Nasi Ayam set (buah betik, keropok ikan, salad, Ayam, muffin @ agar2 buah) saya makan ayam+sos+salad+agar2 buah + MUFFIN. Kantoi lagi disitu. Muffin itu sangat manis.. Saya tak makan buah sebab x suka betik masak. Kalau jeruk insyallah sy boleh habiskan 500gram sensorang. Btw, lunch time kan panjang. Apa lagi main badminton kita hari ni yee.. x sampai sejam pun.. Busuk beb.. bau bangkai tikus dalam dewan tu. Thanks to kak Enn coz sudi main badminton dengan saya..

Dinner ~ belum fikir lagi apa mau di mamam malam ni. Encik asben balik lambat, agak agak kalau malas masak, beli je burger untuk hero hero ku dirumah tu. Malam ni final maharaja lawak. Pesanan untuk diri sendiri malam ni, jangan beli sebarang junk food.. tengok je TV tu sambil minum air Kosong..

P/S*rasa macam nak peluk je timbang kat Gym tadi… lalalalalalalala…. Bahagianya kalau angka itu x bertambah.. walaupun static, sy tetap hepi..

Thursday, June 23, 2011

My pren

Sorry the morry… sangat x best bila x bole reply u all punya komen kat blog ni.. Nadia, Azeanthy, Faz, Kak Aya, Kak Cha, Kay dan yang lain lain.. sorry yee… bukan tak mau reply tapi sy pun kompius sebenarnya apa sudah jadi. Mungkin juga opis blok sudah.. opis x bagi kitorang berbelog kot.. hehehehe…. Nadia, really appreciate it (all ur support).. btw, atkins diet x sesuai untuk saya. Kena tunggu my son umur 2 tahun then bole stopkan dia menyusu… yes!! Boleh lah buat atkins diet.. hahaha.. Atkins diet x sesuai untuk ibu menyusu..

2Day~10DI

Mode* winx winx.. x pasti adakah saya hepi atau x.. Pagi pagi bfast 2 biji telur rebus dengan air suam.. Hajat dihati, konon mau puasa harini.. tapi, terlajak sahur. Dah lah semalam lupa minum air.. hahahaha… so, insyallah next week bole puasa.

Disebabkan meeting dengan bos yang sangat lama, termiss masuk gym ari ni.. sudahlah miss gym, pegi makan pulak tu.. Oh menyesal sungguh. Mee hoon sup pulak tu.. apebendanya konon nak buat 10 days induction. Itu mee hoon bukan karbo ka kawan? Kantoi disitu.. malam ni kena berbasikal 30minit gamaknya. X pun kenalah mop satu rumah supaya kecut skit perutku ini.

Petang pulak, pegi tea talk kat opis. Adoyai… kantoi lagi disitu. Walaupun kenyang tapi saya amik gak 2 ketul pisang goreng, nescafee 1cup, dan roti jala seketul.. kesimpulannya disini, saya sangat x berdisiplin.. apa yang saya boleh buat ialah "control pengambilan karbo" saja. Esok masih ada, dan saya akan cuba lagi besok..

23.06.2011 ~dalam perut saya:

2 biji telur, Mee hoon sup, 2 ketul pisang goreng, seketul roti jala, nescafee

Mungkin lebih baik kalau saya elak makan pisang goreng dan nescafee itukan? Malam ni jangan makan apa2 ye Ina.


 

!st Day ~10DI

23.6.11 target untuk start balik diet yang kelaut.. Saya kumpulkan kekuatan yang aada untuk mengelak makanan berkalori tinggi. Nampaknya misi adalah gagal. meh check apa yang saya makan semalam yee.. Bfast adalah 1 set scrambble egg (2 keping roti gardenia plus telur 2 biji kot plus 1 cawan nescaffe) sepatutnya saya kena elakkan amik roti dan nescaffe. agak agak berapa kalori tu semua.. besok lah kat opis baru kira.
Lunch time saya ke gym untuk 45 min w/out. as simple as i can.. x nak stresss sangat, then saya amik jalan mudah. jogging dan cycling untuk 300 kalori sudah cukup. Ikutkan hati nak burn sampai 500 kal, tapi badan sudah penat lah pulak. untuk lunch, saya kirim kat Shima bihun sup power konon nak makan petang petang. apakan daya, as a coo lii baa taakkkkk, x sempat ko lunch hari ni.. tension ke x? x sama skali.. sy doakan orang yang blagak bos tu bahagia. last last bihun sup itu dibawak ke dinner.. owh, sngat bahagia bila dapat skip lunch. kalau dapat skip dinner lagi bagus.. bila kena gastrik, baru padan muka!

Tuesday, June 21, 2011

Thanks a lot Nadia and Azeanty

Thanks, atas kata kata semangat dari anda semua.. to all my kawan kawan, sorry z bole reply komen komen… ntah apa sudah jadi dengan blogspot ni.. bila mau reply saja, mesti x bole… apa pun x bole.. Bicikut, ku ingin jadi macam kamu.. kuat semangat dan sangat komited. Nadia, pinjamkan lagi sedikit semangat kamu pada "Kami kami" yang jauh ketinggalan ini..

Nak seribu daya, taknak seribu dalih!!!

Permulaan untuk Esok

Wahh… Kay dah capai 57kg… Tahniah… ada lagi 2 kg untuk dibuang.. Saya tak sure macam mana nak start diet ni.. sepanjang Mama ada dengan kami di Bangi, saya skip segala macam tips diet yang ada. Mama punya pasal saya abaikan diet saya.. makan tetap makan.. walau sekenyang manapun saya dari opis, sampai rumah tengok makanan atas meja, wahh sedapnya, mau makan nih… ok ok.. Hajat di hati, mama balik kampung je terus saya nak start diet.. Nampaknya suda 2 hari berlalu dan saya tetap disini.. mengira kalori tapi x membataskan pengambilan kalori.. Exercise pun terbantut sekejap, penangan demam rindu pada mama…

Ok, memandangkan geng geng CYC ada projek diet masing masing kan.. Saya pun teringin nak ada projek diet sendiri.. Sementara menunggu Nadia punya kontes, baik saya sekat sikit sikit kalori saya. Ku ingin jadi macam Kay.. Besok adalah permulaan Ina. Mulai besok, kau kena ingat ya Ina.. Skip karbo sebanyak mungkin, Exercise sebanyak mungkin..

Harapan~ Ya Allah, berilah kekuatan pad ahambamu untuk jaga kesihatan. Aminnn…

Tuesday, June 14, 2011

Noting is Impossible

ai ingatkan ai pregnant tau.. then stop sekejap diet ai.. ai start x skip lunch, ai start kurangkan aktiviti gym. konon nak buat saprais kat mak, kakak dan adik adik.. wah... tau tau cik P sudah mailah tadi.. padahal kan sudah lewat lebih kurang seminggu kau.. ai dah siap kira due date lagi... UPT je tak sempat buat.. isy isy... tapi takpa, means lepas ni boleh teruskan diet bersama geng2 diet yang semakin lama semakin mengganas nih... tak pe korang mengganas skg.. minggu depan ai lak nak buat sapais untuk korang.. hahahaha... kay, ai jeles sebenarnya kat u. jeles dan malu yu... hehehe

Friday, June 3, 2011

Teruskan Usaha untuk Diet

Usaha untuk diet yang diambil sepanjang minggu ini:
Isnin~ gigih ke gym dengan harapan dapat membuang sisa2 toksik dalam badan.
Selasa~gigih jugak ke gym untuk buang peluh pulak
Rabu & Khamis~ gigih melantak makanan free bersempena dengan training Bahasa Melayu
Jumaat~ gigih terkinja kinja main badminton dengan kak Enn..

Nampak macam ada kesungguhan kan TAPI, balik rumah je mesti terus menyerbu ke dapur tengok mak masak apa. Mengalahkan orang yang puasa tau.. isy isy isy.. mama cakap, stop lah makan, berenti la ko makan ina.. tapi nafsu membalas "sedapnya, rugi ko tak makan ina, mama ko lagi 2 minggu mau balik kampung sudah" dan akhirnya, nafsu makan melebihi segala galanya.. akibatnya, setiap kali sebelum tido, hati berkata "menyesalnya aku makan banyak". apa boleh buat, nasi dah masuk dalam perut pun ina....

Sempena bulan Rejab ni, minggu depan sy sudah pasang niat untuk puasa Isnin dan Khamis. hari hari lain silalah ke gym ye.. Kata nak kurus, tadi timbang dah 60kg apa cer??? matilah katak..Kena ingat, tiada jalan mudah untuk kurus.. Kena kuat semangat macam geng geng CYC Tilot, Yana, Lea, Kay, Nadia, Cahaye... pinjam semangat korang sikit yee..

Tuesday, May 31, 2011

CYC berakhir hari ni…


Taraaa…..pepagi buta sebelum bfast gigih cari penimbang.. motip, nak tgk ada tak penurunan KG tu.. dan berat sy ialah 59.1kg. Cahayer, ini jelah yang mampu dicapai.. 5 kilo tu susah sangat nak tersingkir dari perutku ini.. Insyallah bulan pose nanti sy cuba singkirkan 2-3kg.. Entahlah, kadang kadang rasa macam eh, apesal x turun turun nih? Makan dah control, tapi still x turun turun gak.. Maaf lah saya x bole upload gambar.. kalau sempat malam ni upload dari rumah, insyallah...
Tahniah dan terima kasih pada semua peserta CYC specially pada, Nadia, Tilot, Lea, Yanna, Kay, Cahayer, Amani dan yang lain2.... anda semua memang terbaik!!! berjumpa kita kembali di cabaran Nadia yang akan datang..

Sebelum terlupa ~ sy nak mintak maaf kat semua kiranya terkasar bahasa or terkecilkan hati korang yee.. maaf banyak banyak...

Friday, May 20, 2011

11 hari lagi…


Kawan Kawan CYC, sebelum kontes kita ni tamat, saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kalau kalau ada yang tersinggung dengan catatan catatan melalut saya selama kita berkontes. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur kak Cahaye, dengan adanya kontes ini saya sentiasa beringat dan otomatik membataskan pengambilan kalori saya.. sorry jugak sebab selalu escape food diary.. L
Setinggi tinggi tahniah kepada semua geng geng CYC yang sangat laju membuang lemak lemak. Specially….Tu diaaa… "Yanna, Tilot, Aullea, nadia, kay, cahayer" anda semua dasyat dasyat belaka….. ada 11 hari lagi untuk ke sesi timbang menimbang untuk mencari siapakah pemenang kontes kali ini….

Thursday, May 19, 2011

12 hari lagi..

Congrats Yanna, tillot dan Nadia.. teruskan usaha anda semua. Anda semua memang ada semangat yang kental dan sangat rajin berusaha.. ke"wujud"an saya dalam kontes ni sekadar memeriahkan majelis saja.. kesedaran untuk kurus ada, usaha pun ada (lah skit skit) tapi mungkin lemak2 sudah tepu dan susah untuk dipisahkan dengan saya. Apa yang saya harapkan bila masuk kontes ni ialah, mengekalkan dan kalau boleh mengurangkan sikit KG yang ada dan juga yang paling penting adalah untuk jadi "pesaing kuat" pada orked. Sudahnya.. Kami 2-2 ke laut..

Tidak bermakna saya mengalah tau Nadia, jauh sekali berputus asa… Cuma… keciwa skit skit lah pada diri sendiri.. aku kaciwa!!!!! Tapi takpa, ada lagi 2 minggu untuk pecahkan rekod sendiri.. Tiada niat nak pintas yang lain yee… Saya tau saya yang paling jauh ketinggalan… yang penting saya nak singkirkan at least 500gram minggu ini.. hahahahaha…. Eh, apsal aku gelak nih? Ooo… itu namanya gelak frust… gelak hiburkan hati sendiri..

Monday, May 16, 2011

Diet oh diet

Abang otstesen sampai 21Mei.. Senang skit nak kontrol diet.. Tak payah pusing pusing kepala mikirin apa mau dimasak malam2.. dan yang paling best, bila tak masak, hahahaha..... tiadalah istilah menghabiskan makanan yang tak dihabiskan oleh laki... masak untuk anak anak bujang setakat sup sup saja sudah memadai....

Thursday, May 12, 2011

Casss Nginggg..

"Hai kak, lama x jumpa.. Pregnant eh?"

Moral of the story, ko dah gemuk! Tak reti reti lagi nak pulun diet INA..huhuhuhuhu.. diakui hari ni hari perut buncit. Nak jugak salahkan cik P.

Tuesday, May 10, 2011

On Scale- Week 2-May

Tahniah kepada anda anda semua yang berjaya menurunkan sehingga 7kg dalam masa 2bulan lebih.. Tahniah kepada Yanna,Tilot, Lea, Kay, Nadia dan juga yang lain lain. Timbangan minggu ini menunjukkan berat saya tetap tak turun turun jugak dan hampir sudah mengejar Kay. Kay berat kita dah sama. Tahniah untuk kamu.. Berat saya hari ni 60.6Kg. Benar dan pasti! Sorry lah cahayer, tak dapat upload gambar.. Henpon zaman batu.. Sorry~

Friday, May 6, 2011

Puas Hatiku

Suka sangat sebab dah lama tak main badminton. Dekat setahun la kot.. Nak buat camane, partner tiada.. my laling sakit pinggang, my kakak pidah meternity, my kakak dhiana tiada semangat... akhirnya setelah dipujuk pujuk, hari ni tercapai jugak niat suciku ini...

itu bukan tangan saya, bukan jugak kak pidah atau kak dhi... pic  adalah milik uncle google..

Semalam lagi saya dah bulatkan tekad tak nak jalan jalan cari makan.. Mesti @ wajib gak exercise... Hahahaha.... Objektif tercapai. Puas hati aku.. Sejam bermandi peluh (poyo je lebih sebenarnya). Seronok sangat sebab banyak gile peluh jantan yang mengalir kat muka. (nak bagitau betul betul exercise lah ni). Kawan kawanku, next week kita main lagi yee..

Food hari ini:
Sarapan- Ayam rendang 2 ketui + Nescafee + Ayam goreng kunyit (lebihan dinner x habis)
Lunch- Lpas bersmash2 dengan kawan kawan, kami pekena maggi kat opis + air suam + goreng pisang
Dinner- Dalam hati ada niat nak makan sayur bendi masak bening... nyum nyum nyum..

Tuesday, May 3, 2011

On Scale!!! Minggu 1-Mei

Kakak kakaku, adik adikku dan kawan kawanku yang tersayang.. Saya sudah tidak tau apa yang harus dibuat... Malu semahu mahunya... makan agak kurang, cuba dikontrol sebaik mungkin... dan  KG tetap naik. Hati dah mula tak sedap.. Kena buat something. mukin kena start ikut Amani.. bangun awal pagi exercise... Berat saya minggu ni ialah 61KG!!

Friday, April 29, 2011

CYC 29.04.2011


Food diary semalam.. nampak sangat sopan kan pemakanan semalam..  tapi hari ni hampeh.. Birthday celebration itu menghancuskan diet saya..

Thursday, April 28, 2011

Setelah tersentap



Saya cuba start all over again.. Start untuk fikir air manis itu mengemukkan… start latih minda untuk fikir makanan sihat itu sedap, fikir nothing imposibble, fikir I can do it myself tak perlu ubat ubat semua… kenapa orang lain bole, dan saya lak tak bole… Food diary untuk semalam;



Masalah dan Silap saya

Terjagaku dari tidur yang lena…terasa macam satu batu besar menghempap dada.. Terasa betapa kerdilnya diri bila dibandingkan dengan geng2 diet yang lain.. Kenapa saya tersasar jauh dari trek yang betul. Itulah bahana "cepat rasa selesa, cepat putus asa, cepat mengalah". Persoalannya disini, siapa salah? Of kos la diri sendiri yang salah.. Amani kata Mind set kena tukar.. ya memang betul mind set paling pentinguntuk di tukar ke positif. Bila dah positif, plan kita akan berjalan lancar.. Masalahnya skg, mind set memang payah untuk ditukar. Stuju x? Laa ni sudah 2 minggu saya tak ke gym. Sebab apa? Sebabnya mind set saya cakap "oh, kau sudah naik Gunung Datuk, so boleh cover workout 2 minggu". Padahal mind set juga tau yang workout is workout, hiking is bonus..

Last week Isnin dan Selasa saya puasa, this week puasa gak tapi Isnin saja.. Sepatutnya saya bole ke gym lunch time… Tapi Lunch time, minda saya penuh dengan ilusi Ayam kampung!! Chet… Mentang mentang Cyerjaya dah ada Mat Ayam Kampung, sepanjang minggu lepas (hari tak puasa) melantak ayam kampung.. Walaupun tak amik nasi, tapi.. Ayam gorang 2 ketul hokay… Dah jadi macam tu, mulalah, cam takut dengan bayang bayang sendiri:

  • Takut nak bukak belog;
  • Takut nak timbang;
  • Menyampah tengok jeans size 30! (takut x muat)
  • Time makan, malas nak fikir CYC
  • Malam~ tanak fikir pasal diet
  • Takut nak isi food diary

Itulah dia… mind setku sudah Negatif… Tiada lagi kata2 semangat dari dalam diri.. Even kalau orked ungkit pasal CYC pun saya ignore.. tak mo komen… itulah masalah saya kawan kawan

Lagi satu, bila anak anak tak sihat, mulalah saya jadi tak keruan… mula lah macam semua tak kena, bla dah semua tak kena, mula lah carik makanan…

Wednesday, April 27, 2011

Matilamak!!! (Nadia~Need ur help)

CYC~ saya sayang kamu tapi saya tak bole nak komit 100%. Semalam sudah timbang dan Suprisingly!! 60.8KG.. Matilah saya kalau cam nih… Sudah 2 minggu saya tak ke gym.. biasalah kan alasan macam macam. Then mengamuk merempan2 bila berat semakin hari semakin naik. Sebenarnya, saya semakin tidak selesa dengan tekanan2 semua ni.. tengok kawan2 yang lain semakin jauh meninggalkan saya dibelakang.. rasanya saya sorang saja yang langsung tiada penurunan berat badan kan.. Kenapa bah susah sangat mau diet ni… lagi sebulan contest nak abis, tapi tiada kesan… Malu weeeiii… memula je yo yo ooonnnn pas tu… hampehh… Nadia ~ tolong sepuk kepala sy… biar sedar skit…

Friday, April 15, 2011

menyesal

Minggu yang menakutkan… Penuh dengan dugaan dan tentangan diet.. Ai dah terover makan benda2 yang x sepatutnya. Dalam masa seminggu, hari2 ai makan, makan dan makan lagi. 2 hari seminggu ai makan aiskrim! Menyesal pun x guna. Hadap jelah sesi timbangan minggu depan ya. Minggu ni 3 hari berturut ai makan kat "Mat Ayam Kampung". Takutnya nak timbang nih. Dan minggu ni jugak, ai langsung x exercise.. Langsung x exercise! En. Jai esok bangun awal, kita g jogging!

Wednesday, April 13, 2011

Bukan salah cortisol

Oh kawan kawanku.. Sebenarnya bukan salah cortisol ye saya jadi begini.. Makan macam tiada esok bagimu.. Rupa rpanya cik P sudah mari.. Tekejut jugak coz, kalau ikut kebiasaan cik P akan muncul minggu depan.. x dapat la den berpuasa besok.. Gym pun tidak kot.. So, minggu ni agak poyo sikit beratku itu.. ok KG ku, kenapa liat sangat mau turun.. Sakit hati tau x?

CORTISOL Memang jahat

Minggu ni, entah Syaitan mana yang telah merasuk.. Sepanjang minggu selera mencanak canak.. Sepanjang minggu juga x berkeinginan untuk workout. Seminggu jugak terasa nak makan nasi hari hari.. tak bole jadi ni.. Bila anak anak kurang sihat, saya pulak yang bertambah "Sehat". Montel2 gitu.. Cahaya, sila ambil maklum, berat saya minggu ini ialah 60kg ye..

Monday, April 11, 2011

Apin Apin, Keningau Sabah Mari

Inilah barang yang Dik_Firah bawak dari kampung hari tu..... nanges!!! Makan sambil menangis.. rindu mama, rindu kampung, dan terharu!!!


avocado yang sangat mabeles.. Dah makan 2 bijik dan tau buah ni menggemukkan... tak kira, nak makan jugak..

ini adalah timun kampung.. sedap tau ni..sesuai sangat untuk orang yang diet..

inilah lada putih yang saya maksudkan itu.. Nanges*... my febret.......ini kalau ada kat rumah, sumpah x bole nak diet.... Nanges lagik**

Beras kampung.... memang sesuai makan dengan lada putih...duh...

ikan bilis dan udang kering..

oh kuih cincin dan amplang..

setelah ditinggalkan beberapa hari, akhirnya buah ni masak dalam kotak..... oleh sebab tau x boleh nak habiskan, saya dah pass pada yang berkenaan.. sekian terima kasih..

inilah luncheon saya hari ni... lama gila x makan KFC. dengan rasa sangat bersalah, tapi keras kepala, saya makan KFC ni hari ni... Alhamdulillah... kenyang yang amat, air 7UP saya minum suku saja... (out off topic) menyesal pun tak guna..

Update ke Laut, Diet lagi lah hancus!!

Minggu lepas, kami sekeluarga join family day kelab En. Jai.. faham faham sajalah kalau sudah namanya makan angin, dalam kepala otak saya memang ingat makanan saja.. hmmm.. sampai satu tahap, sy terpaksa bukak skit butang jeans.. wakakakakaka..... aduh... besok sudah mau timbang.. gimana yaaa....berserah saja lah...

Thursday, April 7, 2011

Apa yang dik Firah bawa dari Sabah

Dik Firah balik Sabah 30.03.2011 dan balik semula ke KL malm ni.. X sabar menunggu buah tangan kiriman mak.. Kebiasaannya, Mak akan kirim macam macam dari Sabah.. X pernah walau sekalipun Mama lupa bekalkan anak yang jauh dimata ni dengan beras kampung.. What?? Mesti ada yang tergelak ni kan.. jauh2 import beras kampung dari Sabah.. Seriusssss!! Beras kampung amat bila dibuat bubur..Cucu2 mama di KL ni memang membesar dengan beras kampung.. Hehehehehe…. Rasanya beras kampung lebih tinggi kandungan kalori. Sebab dia banyak kanji…

SNTN hari tu, mama kirim lebih 10 kg kot beras yang sedap gilaa.. bila masak buat bubur tu, Ya Ampun, memang x boleh blah.. Sangat mengancam dan sangat menyesakkan perut kembung ku ini yang bekeroncong bila tebau nasi sedap. Alhamdulillah, saya berjaya jugak mengignore kan selera saya dengan nasi.. Selalu masak untuk En. Jai dan buat bubur untuk anak anak.. kembang kuncup idung nih bila En. Jai ajak makan dan saya berjaya tolak..

Rasa rasanya barang barang yang akan selamat tiba di rumah sy hari ni ialah:

  1. Beras kampung (wajib)
  2. Lada putih (wajib)
  3. Buah lemak a.k.a Avocado… slurp!!!! Ni kompom ada nih.. My mommy beli di Hiap Lee marketing semalam.
  4. Ikan bilis 2kg + udang kering 1 kg
  5. Kuih cincin
  6. Bla blab la….

Besok saaya akan buat entry khas untuk barang barang Itu.. Tanda penghargaan x terhingga saya pada my mommy…. My febret buah lemak is coming… nyum nyumm… sedapnyaaaa…. Wooii… ina, ingat skit, avocado kalorinya tinggi2…

p/s: Nadia, sy berjaya melawan kemalasan turun gym hari ni… I love my Thursday..

Apa itu Cortisol?

Bagi menjawab pertanyaan Dearest Aullea.. artikel ni saya cedok bulat bulat dari Nadia yang baik hati..

Bila kita stress, badan kita akan keluarkan hormon cortisol.

Bila hormon cortisol dikeluarkan secara berlebihan, ini antara perkara yang boleh berlaku;
Higher and more prolonged levels of cortisol in the bloodstream (like those associated with chronic stress) have been shown to have negative effects, such as:

Thanks NADIA.. Info dari anda sangat membantu!! Jom kita diet dengan ceriaaaaa….

Kenapa Saya Join CYC


  1. Sebab saya perlukan kontes untuk control berat badan yang senang naik. Kalau x join apa apa kontes, saya akan makan sesuka hati tanpa fikir perasaan orang lain dan perasaan sendiri. Lagipun saya perlukan sokongan daripada geng geng blogger yang sedang diet. Kalau terlajak makan, ada yang tegur.. Biasanya pesanan penganjur paling mustajab…Setakat ni, CYC kontes ke-3 yang saya ikut. Selepas GDK, SNTN, CYC and next next.. Insyallah kalau ada kontes lain saya akan masuk juga lepas 1.5.11
  2. Saya teringin tengok cik Orked tu slim. Time kecik kecik dulu, dia harapan sekolah. Bab lumba lari dia memang terrer. Tapi sejak masuk asrama, sampai lah sekarang dia memang suka makan tanpa had.. selagi boleh dia akan habiskan makanan yang ada.. Hahahaha… itu lah tujuan utama saya join CYC.. Saya ingin jadi pembakar semangat dia. Walaupun saya tau yang semangat dia mudah luntur, sekurang kurangnya, dengan adanya CYC, ramai lagi orang lain yang akan tegur cara diet dia.. hohoho.. Orked ko jangan marah. Inilah reality kehidupan.. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… sikit2 lama lama jadi banyak…
  3. Saya mau sihat, cergas dan saya x mau sejarah berulang.. Sebelum join kontes, ramai kwn2 tegur, eh! Ko ngandung lagi ke? Sentap!!
  4. Itu saja untuk hari ini, jom gymba… sila paksa diri untuk exercise… minggu ni, hari ni saja kesempatan yang ada… so, gunakan peluang yang ada wahai ina…

Wednesday, April 6, 2011

sedapnyaa kalau dapat

Makan pulut durian.. pergh.... sudah seminggu teringin makan bubur durian tau... setakat ni bole lah lagi ditangguh tangguh. ntah sampai bila bole tangguh keteringinan ni... Ermm... semalam en. Jai mengofer diri untuk cari durian.. tapi... "x payah lah bang" nanti nanti saja...... Teringat kenangan raya 2010


tudiaaaa... en. jai dengan wakidnya... Angkat durian, 2nd raya sampailah kami balik KL. inilah rutin kami sekeluarga.. dan yang pasti, saya dan dik firah adalah hantu durian.. hehehehehe

mama pun jadi orang kuat angkat durian... Saya? saya pun kuat jugak tau... kuat makan.
Hidangan sampingan special kami di hari raya 2nd raya sampai seminggu, hari hari buat bubur durian . hidang bersama roti atau pun pulut... best... makan pun best.. itulah penyebab utama berat saya dari 58.1kg naik sampai 62kg.. wakakakaka..

Al-Fatihah untuk arwah bapa yang bersusah payah mengusahakan kebun buah ini walaupun beliau x sempat merasa durian yang dia tanam. masa beli tanah kebun ni, dia selalu cakap kat kami "kebun ni untuk anak anak dan cucu cucu bapa nanti". Dan alhamdulillah, bila musim buah bukan setakat kami adik beradik yang dapat merasa tapi seluruh kampung dapat merasa hasil.. Free tau.. no charge, siapa yang rajin dia lah yang untung.. Yang bikin panas, bila orang ambik buah dan jual pulak kat orang.. Buat makan sendiri sudahlah kan...

Tuesday, April 5, 2011

on Scale!!! Minggu ke 4

Eh, kembali ke berat yang asal ye ina...

Stilll... akan dikaler kunen oleh penganjur.... masih belum berjaya kurangkan berat walau segram pun... Insyallah next week pecah lah angka 9~ itu. Eh... x boleh kot, Jumaat ni mau cuti, jalan jalan cari makan.. kompom minggu depan angka 5 tu bertukar 6.. Frust kan cam nih... (frust mende, diet x supo diet.)

Monday, April 4, 2011

Menjelang Timbang time ~ saya susah hati

Saya sangat susah hati kerana minggu lepas saya dah dicop kuning oleh penganjur. Dalam ramai ramai kontestan, saya sorang saja yang memNaik Kg dengan jayanya.. Saya telah berjaya menternak lemak lemak berlebihan dalam badan saya.. Siapa yang salah? Stress juga yang disalahkan. Padahal diri sendiri yang melantak tak hengat. Minggu lepas saya telah berjaya menambah 900gram ye kawan kawan...

suprisingly!!! pagi tadi saya memberanikan diri untuk naik ke penimbang dan... jeng jeng jeng......... Sudah pun mencapai 60.00KG!! tahniah untuk diri sendiri... Uwaaaa..... sangat sedih..... lepas ni mau puasa lah seminggu... Tak mo makan nasik lah macam ni (padahal baru lpas tgk resepi, apa nak masak malam ni). Dalam hati teringin makan sambal udang. (kompom makan dengan nasik kan)..

kau ini, balik balik janji x mau makan banyak! tapi nah.. ko terimalah padah makan banyak..

Wiken yang indah ~CYC week 5


apa lagi xtvt yang paling indah pada wiken kalau bukan makan, makan dan makan..... bab kantoi mengkantoi ni selalu terjadi pada wiken.. stuju ka x? saya hanya mampu mengeluh.. no action, keluh kesah tidak membawa apa apa makna kak ina ooooiii.... tengok apa saya makan wiken yang lepas... ni masuk minggu ke-5 CYC nih..


tu diaaa..... makan nasi lagi banyak banyak inaaa..... makan lgi..

hari memasak sedonia.. dan hari x keluar rumah sedonia jugak.. Janji cik abang nak jogging, tapi apakan daya.. janji tinggal janji. lagipun en. Ikhwan  bucuk ummi demam lite2..

yang ini palig best kot.. seharian kami membakar lemak dari planeterium (eh, betul ka spelling itu aa) then pegi pusat sains negara (semata-mata tengok dino alive)... bole x lunch merangkap dinner pukul 5 petang.. Nasib baik hanak2 ku itu jenis x cepat lapar.. bfast setakat mee hoon goreng, pukul 11.30 gerak dari rumah, dan lunch kul 5?

Eh! kejam gila mak pak cam kami ni kan..

Friday, April 1, 2011

Nobody is perfect

akhirnya, saya mampu suarakan isi hatii... Saya berjaya mematahkan serangan psikologi dari "dia". Saya berjaya luahkan ketidakpuasan hati saya pada "dia". dengan harapan lepas ni tiada lagi kekepohan dari "dia" tentang diet saya.. Saya mau diet dan sihat.. saya mampu merubahnya... dan yang paling penting, saya tidak perlukan dia untuk jadi pakar nutrisi saya... saya tau gaya hidup saya lebih baik daripada "dia".

Memang saya tidak seslim dia, tapi yang pasti saya rasa saya lebih cergas berbanding "dia".. Ok, kawan tetap kawan... kena belajar terima hakikat, terima kekurangan kawan dan jangan asyik kondem orang saja.. macamkan ko lah orang yang paling sempurna di dunia... Kena terima hakikat wahai kawan ku, saya, kamu dan orang lain manusia biasa.. Nobody is perfect....

CYC Week 3

Minggu ni minggu makan banyak dan kurang workout..








Nampaknya food diary semakin dingin kan... macam tiada diet pula.. aduhhhh!! macam mana nihh... berat badan sudah naikkk.... pening... sudah cecah 60 kg... ai stress..

Tuesday, March 29, 2011

Steress yang melampau!!

Artikel yang sangat berguna ini saya cedok bulat bulat dari belog Zekryla.. Thanks sahabat.. Sangat berguna bagi saya. Permisi ya...


Bila kita stress, badan kita akan keluarkan hormon cortisol.

Bila hormon cortisol dikeluarkan secara berlebihan, ini antara perkara yang boleh berlaku;

Higher and more prolonged levels of cortisol in the bloodstream (like those associated with chronic stress) have been shown to have negative effects, such as:
  • Impaired cognitive performance
  • Suppressed thyroid function
  • Blood sugar imbalances such as hyperglycemia
  • Decreased bone density
  • Decrease in muscle tissue
  • Higher blood pressure
  • Lowered immunity and inflammatory responses in the body, slowed wound healing, and other health consequences
  • Increased abdominal fat, which is associated with a greater amount of health problems than fat deposited in other areas of the body. Some of the health problems associated with increased stomach fat are heart attacks, strokes, the development of metabolic syndrome, higher levels of “bad” cholesterol (LDL) and lower levels of “good” cholesterol (HDL), which can lead to other health problems!

    sumber: klik sini
Tips for the day, jangan terlalu memikirkan nak kurus.. Set mind untuk sihat..
Minggu ni dan minggu lepas merupakan minggu yang teruk bagi saya.. Saya stress anak anak kurang sihat, saya stress peel manusia2 sekitar yang banyak songeh, saya stress dengan macam macam benda kerja.. Dan reward untuk stress itu KG adalah mencanak canak naik.. Pagi tadi sy timbang dan sy hampir hampir bagi flying kick kat penimbang... Cahayaa... tolong saya.. timbangan pagi tadi 59.9kg